Aduhai, tidak reda lagi nampaknya kontroversi yang melanda pasangan hero dan heroin drama Izinkan Aku Mencintaimu, Aliff Aziz dan Afifah Nasir ni. Jika sebelum ini Alif Aziz memberitahu isu pengang tangannya tidak penting dan bukan suatu hal yang perlu diperbesarkan, namun lain pula pandangan Afifah.

Katanya, isu pengang tangan itu penting, memandangkan kerana itulah, dia menjadi mangsa kecaman netizen.

“Bagi saya isu pegang tangan itu penting. Sebab benda tu orang kecam saya, tapi saya akuilah kesilapan sebab membenarkan dia (Aliff) pengang tangan saya. So saya silaplah di situ. Sebab itu juga saya mohon maaf kat semua orang, temasuklah pada Bella juga,” katanya merendah diri.

Ditanya sama ada dia fobia dengan perkataan karaoke, Fifah dengan ketawa kecil tidak menafikan agak terkesan dengan perkataan tersebut.

IKLAN

“Saya tak suka dengan perkataan karaoke, meski sebelum ini pun saya ada juga ke pusat karaoke bersama famili,” akuinya ringkas.

Terdahulu, Afifah yang juga merupakan adik kepada aktres, Anzalna Nasir  mengadakan sidang media untuk menjernihkan keadaan selepas dua minggu berdiam diri, baru-baru ini di Solaris, Dutamas.

IKLAN

Dalam sidang media tersebut, Afifah ditemani oleh peguam, Sana Tufil Ahmad, kakaknya, Mia Nasir dan kekasihnya, Wan Ariff Wan Azhar. Turut serta di dalam sidang media tersebut ialah pelakon Alana Amir yang turut terlibat dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu.

Sidang media tersebut adalah bagi memberi penjelasan terhadap apa yang telah dikeluarkan pihak Aliff Aziz berhubung kontroversi melibatkan mereka.

IKLAN

Terdahulu, pihak Afifah ada memperdengarkan rakaman perbualan di antara Anzalna bersama salah seorang krew produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu kepada pihak media di sidang media terbabit.

Antara intipati rakaman berkenaan adalah mejelaskan situasi sebenar yang berlaku di antara Afifah dan Aliff. Bagaimanapun, rakaman perbualan tersebut tidak dibenarkan didedahkan kepada umum kerana melibatkan pihak ketiga.

https://www.youtube.com/watch?v=l9NVx-CMzKQ

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI