Malam ini akan berlangsungnya pentas akhir Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) yang akan menampilkan enam peserta untuk merebut gelaran juara.

Adeep Nahar merupakan salah seorang peserta solo yang berjaya melayakkan diri ke peringkat final selain daripada Inteam, Fitri Haris, Heliza & Hawzwani Helmi, Brothers dan Awi Rafael.

Adeep Nahar Akui Fitri Haris Dan Inteam Pesaing Paling Sengit Rebut Gelaran Juara Di Final GGV2 Malam Ini!

Penyanyi yang mempunyai kelunakan vokal yang sedap di halwa pendengaran kita ini mengakui Fitri Haris dan Inteam adalah pesaing paling sengit untuk dirinya di final malam ini.

IKLAN

“Bagi saya pesaing paling sengit buat saya untuk penyanyi solo yang bertanding di final adalah Fitri dan untuk berkumpulan pula adalah Inteam,” katanya kepada MH ketika ditemui selepas konsert separuh akhir GGV2 yang lalu.

Katanya lagi, Fitri mempunyai kekuatan dalam persembahannya dan rasa yang diberikan terhadap lagu yang disampaikan sering berjaya untuk membuat hati peminat tersentuh.

Adeep Nahar Akui Fitri Haris Dan Inteam Pesaing Paling Sengit Rebut Gelaran Juara Di Final GGV2 Malam Ini!

Manakala untuk Inteam pula, Adeep berkata kumpulan ini mempunyai persembahan yang hebat seperti Fitri selain daripada memiliki vokal yang tidak kurang hebat.

IKLAN

“Kalau nak cakap tentang vokal, semua peserta mempunyai kekuatan masing-masing dan sukar untuk kita jangka gelaran juara itu milik siapa.

 

“Saya yakin rezeki itu adalah pemberian daripada yang Maha Esa dan ALLAH SWT tidak akan salah alamat untuk menghantar rezeki itu kepada siapa sahaja,” katanya lagi.

Adeep hanya berserah kepada rezeki dan memohon doa daripada semua supaya dia dapat melakukan persembahan di pentas final sebaik mungkin.

Adeep Nahar Akui Fitri Haris Dan Inteam Pesaing Paling Sengit Rebut Gelaran Juara Di Final GGV2 Malam Ini!

IKLAN

“Saya mohon doakan yang terbaik sahaja untuk saya pada malam final,” katanya.

Dalam pada itu, Adeep juga berkata lagu tugasan solo yang diberikan kepadanya iaitu lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain ini bukan satu lagu yang mudah kerana ianya memerlukan pernafasan yang baik.

“Saya akui lagu tu susah walaupun orang ingat lagu tu senang untuk saya nyanyikan tapi sebenarnya susah sangat sebab lagu abang Anuar ni pernafasan dia panjang dan pernafasan amat penting untuk lagu ni.

 

“Pada saya lagu ni sangat berat untuk saya tapi saya akan cuba yang terbaik dengan cara saya yang tersendiri,” katanya lagi.

Apapun MH ucapkan semoga berjaya buat Adeep serta peserta-peserta lain untuk pentas akhir malam ini. 

Konsert akhir Gema Gegar Vaganza akan ditayangkan di lima saluran iaitu Astro Oasis (saluran 106), Maya HD (saluran 135), Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan saluran terbaharu sempena ramadan, Ramadan HD (saluran 122).

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI