Pengasas kosmetik terkenal, Joy Revfa sering dilihat mempunyai perwatakan yang sangat sopan dan lemah lembut ketika berbicara.

Namun begitu, menerusi perkongsian status di akaun Instagramnya kali ini terlihat kata-kata yang ditulisnya lebih tegas berbanding perwatakannya sebelum ini.

“Kau bertemu buku dgn ruas ? Jangan fikir wanita ni lemah sgt.. Maruah wanita tak selamanya duduk bwh tapak kaki kotor kau. Ada sbb knp Allah pilih aku jadi ‘lawan’ kau.. Kalau kau fikir plan kau hebat sgt, ingat..! plan Allah swt lebih hebat lg. Bring it on..! #fightforright #beranikeranabenar #takutkeranasalah,” tegas statusnya di ruangan kapsyen.

Joy dilihat ketika ini tidak gentar dengan sebarang perkara yang akan dihadapinya kerana seperti tulisannya yang mengatakan berani kerana benar dan takut kerana salah.

Walau bagaimanapun, kepada siapa status ini ditujukan tidak pula diketahui kerana dia sendiri tidak memaklumkannya.

Nampaknya ada segelintir pengikut-pengikut Joy di Instagram telah meninggalkan komen yang mengaitkan status tersebut dengan suaminya, Hafiz Hamidun.

IKLAN

Di bawah adalah antara komen pengikutnya yang mengaikat nama Hafiz dengan menggunakan ringkasan ‘HH’.

‘Ada Sebab Kenapa Allah Pilih Aku Jadi Lawan Kau’ – Joy Revfa

‘Ada Sebab Kenapa Allah Pilih Aku Jadi Lawan Kau’ – Joy Revfa

IKLAN

‘Ada Sebab Kenapa Allah Pilih Aku Jadi Lawan Kau’ – Joy Revfa

Namun ada juga pengikutnya yang memberikan kata-kata positif dan menasihati pengasas kosmetik ini agar bersabar dengan apa yang telah berlaku.

aindamiya_fareez: Moga Allah permudahkan urusan keduanya.. amin

IKLAN

juzcallmecamelia: Yeahh @joyrevfa …go go dear..always support u.jgn kata wanita tu lemah.dan die xtau wanita yg die nmpk lemah tu sebenarnya kuat!!!

suziematjais: @haslinda_daraman_official yeah correct ada hikmah mengapa diam tu lebeh baik atleast org xtau true color kite humm

Diharapkan segala permasalahan yang dihadapi oleh Joy akan berakhir dengan baik. Insya ALLAH setiap yang pahit itu akan ada kemanisan di penghujungnya.

Sumber: Instagram Joy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI