
Sempena menyambut Aidilfitri tahun ini, Suria FM melancarkan lagu dan muzik video (MV) Raya terbaharu berjudul Gurindam Aidilfitri, yang dinyanyikan oleh barisan penyampai iaitu Fad, Ajak, Elly, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad dan DJ Lin.
Dilancarkan secara rasmi pada 9 Mac lalu, Gurindam Aidilfitri menampilkan muzik yang ceria dengan sentuhan moden dan tradisional.
Lagu ini sekali gus mengangkat suasana raya yang penuh nostalgia serta nilai kekeluargaan.
Ia diterbitkan oleh Lsandbeats Legacy, dengan komposisi oleh Luca Sickta dan Nazif Analog, manakala liriknya ditulis oleh Luca Sickta, Nazif Analog dan B-Heart.
Muzik video ini memaparkan momen klasik Aidilfitri seperti memohon kemaafan, kunjung-mengunjung, berkongsi juadah raya serta merakam kenangan bersama keluarga dan sahabat.
Selain itu, ia turut menekankan semangat kebersamaan, memaafkan kesilapan lalu dan mengeratkan silaturrahim.
Penampilan beberapa model kenderaan Toyota dalam MV turut menambahkan keceriaan visual, di samping menyampaikan mesej perjalanan pulang ke kampung yang selamat dan selesa bersama insan tersayang, selari dengan semangat perayaan yang dinantikan setiap tahun.
Bagi memeriahkan lagi pelancaran lagu ini, turut memperkenalkan adalah Gurindam Aidilfitri Dance Challenge, di mana peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM3,000.
Peserta hanya perlu mengikuti langkah tarian rasmi seperti yang dipaparkan dalam muzik video tersebut dan digalakkan untuk menyertai cabaran ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan kerana konsepnya mudah iaitu lagi ramai, lagi meriah.
Tempat Pertama akan memenangi wang tunai sebanyak RM1,500, tempat Kedua RM1,000 dan RM500 bagi yang ada rezeki di tempat ketiga.
Maklumat lanjut, layari laman web atau ikuti media sosial rasmi Suria Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini