Categories: Hiburan

Abby Abadi Tersentuh Dengar Ucapan Bapa Amira Othman, Berjaya Bimbing Anak-Anak Jadi Lebih Baik

Share

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tersentuh serta kagum dengan ucapan penuh makna yang disampaikan oleh bapa kepada penyanyi Amira Othman, iaitu Othman Abd Kadir.

Ucapan tersebut didedikasikan kepada puteri tersayang ketika majlis resepsi perkahwinan Amira dan Fattah Amin baru-baru ini.

Menurut Abby, ucapan yang tular di seluruh platform media sosial itu bukan sekadar kata-kata biasa, tetapi sarat dengan nasihat dan peringatan yang menyentuh hati tentang perjalanan alam rumah tangga.

“Saya tak pernah dengar nasihat macam nasihat daripada ayah Amira Othman. Saya suka sangat.

“Sarat dengan peringatan yang hebat dari seorang ayah yang hebat,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh pelakon filem Pasrah itu menerusi satu hantaran di aplikasi Thread.

Jelasnya lagi, setiap anak-anak sememangnya memerlukan sosok seorang ayah yang mampu membimbing ke arah kebaikan.

“Memang betullah, ada ayah macam inilah yang buatkan anak-anak terdidik dengan baik.

“Terbukti figura seorang ayah sangat penting untuk anak-anak membesar untuk menjadi manusia yang bernilai,” kongsinya.

“Buat Saya Rasa Nak Menangis”

Dalam masa sama, Abby turut mengakui dia tidak berkesempatan merasai momen seindah itu kerana pendekatan arwah bapanya berbeza.

“Peringatan hebat untuk Fattah dan Amira. Sangat baik buat mereka yang nak mendirikan rumah tangga.

“Panjang tapi memang buat saya rasa nak menangis sebab arwah bapa saya dahulu tak pandai nak bagi nasihat panjang-panjang macam itu.

“Antara point yang paling saya ingat dan pernah lalui sendiri ialah bila gaduh, tak pujuk dan tak balik berbulan-bulan memang buatkan keadaan jadi lebih buruk. Banyak point lain yang menusuk dikalbu,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Fattah Amin dan Amira Othman baru sahaja mengadakan majlis resepsi kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor pada 11 Oktober lalu.

Pasangan selebriti itu selamat diijab kabul di sebuah resort di Sepang pada 14 September lepas.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Bateri Habis, Mood Pun Down 😩

Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!

Tengok Powerbank Free Sini

Bateri Habis, Mood Pun Down 😩

Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!

Tengok Powerbank Free Sini

Published by
Aizam Manaf