
Kehadiran artis luar negara di tanah air sememangnya dinanti-nantikan buat peminat. Yalah kan, bukan senang artis kesayangan nak jejakkan kaki ke Malaysia.
Tentunya peluang keemasan ini tidak akn dilepaskan para peminat. Namun, kadang-kadang, disangka panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari.
Ada beberapa konsert artis luar negara yang berakhir dengan kontroversi di Malaysia. Mari kita lihat.
1.Bruno Mars 24K Magic World Tour Live In Malaysia
Jualan tiket habis dalam masa kurang satu jam membuatkan ramai yang berputih mata untuk menyaksikan pemenang Anugerah Grammy’s itu beraksi di atas pentas Malaysia.
2.Selena Gomez Live In Malaysia
Sedih apabila kehadiran Selena Gomez di tanah air menjadi bahan ‘politik’ apabila ada pemuda parti politik melakukan solat hajat supaya konsert tersebut tidak diadakan di Malaysia.
Penyudahnya, ia tetap berlangsung malah, Selena juga sangat menjaga pemakaiannya yang dilihat lebih tertutup.
3.Pussycat Doll
Kecoh apabila kesemua ahlinya memakai pakaian seksi semasa beraksi di Malaysia. Malah, ramai juga yang mempersoalkan bagaimana grup itu boleh terlepas melakukan konsert di Malaysia.
4.Wanna One Fan-Meeting in Malaysia
Buat pertama kalinya, konsert terpaksa dihentikan selama 90 minit apabila peminat kelihatan berhimpit-himpit hingga ada yang pitam dan pengsan.
Grup itu juga kelihatan turut sama membantu peminat mereka dengan meminta para petugas keselamatan dan medik memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
5.Twice- Twiceland In Malasyia
Once (kelab peminat Twice) hanya mampu berputih mata apabila konsert grup itu dibatalkan kurang 24 jam daripada hari kejadian malah ahli-ahlinya sendiri sudah pun berada di Malaysia.
Alasan yang diberikan adalah kerana faktor keselamatan. Susulan itu, para peminay berkumpul di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar pulang idol kesayangan mereka.
Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI