Siapa yang tidak kenal dengan salah seorang pelawak dari kumpulan Bocey ini, Achey atau nama penuhnya Mohd Nasir bin Hamzah.

Orangnya sangat spontan dan pasti memeriahkan suasana dengan suaranya yang cukup nyaring.

Selain melawak, Achey juga mempunyai bakat menyanyi. Jika punyai masa terluang, Achey pasti akan muat naik video nyanyiannya di akaun Smule.

4 Video Terbaik Smule Achey…

Boleh dikatakan MH Online suka tengok video-video Achey berkaraoke bersama pengguna Smule yang lain. Mana tidaknya, kalau dah bergelar pelawak buat apa sahaja pasti akan lawak.

Memang tak kering gusi bila menonton video-videonya. Ada sahaja aksi spontan yang dia lakukan.

Daripada karaoke bersama ‘gadis misteri’, budak kecil dan rakan artis, Achey tetap terus menyanyi dengan penuh perasaan.

Jom layan beberapa video terbaik Achey di Smule

IKLAN

1. Achey & JC

Dalam video ni Achey kelihatan ‘marah’ kerana rakan duetnya itu tidak mengikut tempo.

 

IKLAN

2. Achey & Hairul Azreen

Bukan setakat orang awam, Achey juga suka mengusik rakan-rakan artisnya. Cuba lihat bagaimana Achey duet dengan bapa Yusuf Iskandar ini.

 

IKLAN

3. Achey & Adik

Ini paling lawak bila Achey cuba berinteraksi dengan kanak-kanak yang pernah viral suatu masa dahulu kerana hafal lagu Memori Berkasih.

 

4. Achey & Rozylicious

Rozylicious memang terkenal dengan ‘drama’ dalam aplikasi ini. Pernah viral seketika Achey tidak lepaskan peluang untuk berduet dengannya.

https://youtu.be/_ZFvzWOwwcI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI