Berita

30,000 ‘Sokong’ Aina Abdul Raih Trofi Juara AJL39! Adakah Undian Versi Media Sosial Akan Jadi Realiti?

Share

Kira-kira 30,000 peminat di media sosial menunjukkan sokongan penuh kepada penyanyi, Aina Abdul untuk muncul sebagai pemenang utama di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), esok.

Undian tersebut dibuat menerusi versi media sosial dari 6 hingga 11 Feb lalu di

Instagram Story Instagram @tv3malaysia.

Tinjauan tidak rasmi yang dilakukan di platform media sosial Instagram TV3 menunjukkan gelombang sokongan luar biasa terhadap penyanyi berbakat ini.

Antara Calon Paling Layak

Malah ramai yang turut menyifatkan Aina sebagai antara calon layak untuk membawa pulang trofi AJL39 berdasarkan keunikan vokalnya, persembahan bertenaga, serta kekuatan lagu yang dipertandingkan, Puas Sudah.

Bagaimanapun, pemenang AJL39 tetap bergantung kepada sistem pemarkahan juri profesional yang menilai aspek teknikal dan artistik sesebuah persembahan.

Bagaimanapun, trend undian dan sokongan di media sosial sering menjadi indikator kepada populariti dan penerimaan sesebuah lagu dalam kalangan peminat.

Jangan lupa untuk sama-sama menantikan debaran malam kemuncak AJL39, esok bermula jam 9.00 malam di TV3.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH