Kalau dilihat sekarang ini bentuk badan artis serba boleh, Zulin Aziz kini sudah semakin susut dan mengecil

Ramai yang berasa teruja apabila melihat perubahan yang berlaku kepada Zulin namun bagi Zulin sendiri dirinya masih perlu berusaha lebih keras untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan olehnya.

Zulin Aziz Akui Ahya Banyak Beri Dorongan

Bagi pemilik nama, Farah Azleenda Abdul Aziz ini, dia berkata bahawa dirinya masih lagi nampak besar.

“Di kaca televisyen (TV), saya masih nampak besar. Jadi kenalah berusaha keras untuk mengurangkan berat badan.

 

“Saya amalkan rejim diet dan senaman jika tak sempat ke gimnasium. Namun, saya masih belum mencapai berat badan yang saya ingini,” katanya.

Kata Zulin, teman akrabnya yang bernama Ahya banyak membantu dirinya untuk memberikan kata-kata semangat untuk terus menurunkan berat badan secara sihat.

IKLAN

“Suara Ahya ibarat terdengar dari ‘jauh’ memantau apa yang saya makan dan senaman yang dibuat. Saya memang jenis kena paksa baru bersemangat,” ujarnya lagi.

Menurut Zulin lagi, jika tanpa bantuan daripada Ahya mungkin dia tidak akan mencapai sasaran dan jika tanpa Ahya juga sudah pasti dirinya tak boleh kurus.

Zulin Aziz Akui Ahya Banyak Beri Dorongan

IKLAN

Semoga Zulin terus bersemangat untuk mencapai bentuk badan yang menjadi idamannya dan tampil lebih menawan dengan bentuk badan yang baru.

Sedikit info tentang Zulin, Zulin merupaka salah seorang peserta pertandingan Pilih Kasih yang merupakan sebuah pertandingan lakonan drama pentas yang dianjurkan oleh Datuk Rosyam Nor yang merupakan seorang pelakon hebat.

IKLAN

Walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut namun dari situlah bermulanya perjalanan seni Zulin dalam industri seni tanah air.

Terbaru, Zulin merupakan juara dalam pertandingan Perang Bibir di saluran TV9 yang telah membariskan 24 orang artis sebagai peserta.

Sumber: BH Online

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI