Umum mengetahui imej pelakon sasa, Zul Ariffin kini tampil dengan imej berjambang bagi menjayakan filem terbarunya bertajuk : Penunggu Rimba.

Zul Ariffin Berang Disamakan Dengan Gorila

Ruangan komen di instagram Zul juga dihujani pelbagai reaksi daripada pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dengan penampilan baru Zul dan meninggalkan ribuan komen pada gambar tersebut.

Namun, perkongsian itu telah menerima komen daripada individu yang kurang sopan yang ditujukan kepada Zul.

Gelaran terbuka sebegitu hanya akan membawa kepada situasi tidak senang kepada aktor kacak tersebut. Namun komen itu telah dipadam oleh Zul sendiri.

Zul bagaimanapun menjawab semula gelaran tersebut dengan membalas balik kepada individu terbabit yang nampaknya inginkan publisiti dan perhatian sekal igus Zul menyifatkan ianya perbuatan yang melampau.

IKLAN

“Like gorila ? U macam tembikai, ada i suruh u jogging?’

Zul Ariffin Berang Disamakan Dengan Gorila

Menurut sebuah portal, yang sempat bertanyakan Zul mengenai isu ini, dia berkata untuk memberi komen mengenai rupa paras orang, ciptaan tuhan itu agak sensitif baginya.

“Eh kenapa dia cakap saya macam tu, saya cuba tengok orang tu, mana nak tahu hamba Allah tu superb, really good looking rupanya lebih kurang, so tak payah la cakap-cakap macam tu.

 

“Mengenai rupa paras, itu isu sensitif. Even keluarga sendiri pun sama. So, kalau tak nak dibalas balik dengan komen yang mungkin bagi kita sensitif, jangan berkata perkara yang sensitif.

 

“Sebab benda tu ciptaan tuhan. Setengah orang dicipta lawa, ada kurang. Ada yang melengkapi kekurangan dalam diri dia.Jangan perbesarkn isu ni. Sekadar gurau kita boleh terima.Manja-manja dah la…,” ujar Zul. 

Zul juga berkata selain membalas komen individu tersebut, dia juga tidak teragak-agak untuk mnyekat akaun orang yang memberikan komen yang mengarut di laman Instagramnya.

“Simple..sebab tu Instagram buat block dengan unblock. Kept it simple..jangan nak pening kepala. Kalau kita bersembang kat kedai makan, kita rasa benda itu negatif, so kita avoid lah benda tu. Sama juga seperti sosial media ni.

 

“Kalau tiada benda nice to say, just shut up jelah,” katanya. 

Kini, Zul sedang aktif mempromosikan filem yang diadaptasikan daripada karya novel penulisan novelis Ramlee Awang Murshid itu.

IKLAN

Filem tersebut mengisahkan tentang Tombiruo iaitu mahkluk yang dikatakan memiliki kesaktian untuk menguasai hutan.

Dia ditakuti, dicaci. Sebenarnya Tombiruo adalah pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tidak berwajah manusia namun sekaligus seorang yang bertanggungjawab dan dibebani kesaktian yang tidak dapat dikawalnya sentiasa memakai topeng untuk menyembunyikan kemelut dan kesepian di kalbunya.

Filem terbitan Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan ini dijangka akan menemui penonton di seluruh negara pada 12 Oktober 2017 ini.Sama-sama kita nantikan!

Zul Ariffin Berang Disamakan Dengan Gorila
Poster yang dipaparkan juga sangat mengujakan dengan susuk Tombiruo begitu menarik.

IKLAN

 

Sumber : Mstar Online

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI