Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Apabila menjelangnya Syawal pasti pelbagai persiapan akan disediakan untuk menyambut hari raya Aidilfitri dengan sempurna.

Sehari sebelum raya lebih-lebih lagi pada malam raya sudah pasti ramai yang sibuk menyiapkan sajian untuk disajikan pada hari raya keesokan harinya.

Bagi pelawak, pelakon dan pengacara terkenal Zizan Razak, sudah menjadi kelaziman buatnya dan keluarga untuk membakar sate pada malam raya.

“Sate memang menu wajib kami sekeluarga setiap kali raya. Rasanya lain daripada yang lain kerana rempahnya disediakan sendiri oleh ibu saya. Pernah satu ketika, kami bakar sate sampai ke pagi kerana pada tahun itu ibu menyediakan lebih kurang 7,000 cucuk sate untuk tetamu,” katanya.

Menurut Zizan lagi, sewaktu membakar pelbagai ragam keluarganya dapat disaksikan dan malam raya mereka menjadi begitu meriah.

“Kemeriahan waktu bakar sate tu, jangan cakaplah kerana ketika itu kita dapat saksikan macam-macam ragam keluarga kami, Riuh rendah satu rumah macam siang hari,” cerita Zizan lagi.

Zizan juga menceritakan bahawa sambil membakar sate, dia juga akan menghias rumah.

“Paling seronok sambil-sambil bakar sate, saya juga sempat hias rumah dengan menggantungkan kad raya yang ada. Dalam masa yang sama, saya akan pastikan radio sentiasa berkumandang untuk mendengarkan lagu raya.

 

“Dengar program tuju-tuju lagu raya yang memang meriah habis. Kalau tak ada program tuju-tuju lagu kat radio, macam tak feel nak raya,” katanya lagi.

Katanya lagi dia pernah juga cuba menghubungi radio untuk tuju lagu raya kepada rakan-rakan tetapi hasratnya itu tidak pernah berjaya dan dia juga berkata setiap kali teringat kenangan itu dia pasti tergelak sendiri.

Itulah rutin lazim buat Zizan setiap kali malam raya. Hanya dengan mendengar ceritanya sudah cukup untuk kita merasakan betapa meriahnya Zizan dan keluarga bersama-sama menyambut kedatangan Syawal.

Sumber: Majalah Media Hiburan, Edisi Khas Aidilfitri 2014

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "