Pemenang tempat ketiga program nyanyian Gegar Vaganza, Zarul Umbrella atau kini lebih dikenali sebagai Zarul Husin nekad untuk memberikan sepenuh perhatiannya kepada bidang seni.

Zarul kini bukan sahaja kembali aktif sebagai penyanyi malah dia juga turut mencuba nasib untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.

“Ketika membuat keputusan untuk kembali aktif dalam bidang seni, saya hanya fikirkan tentang bidang nyanyian sahaja, tapi tak sangka pula ada pihak yang bagi peluang kepada saya untuk menceburi bidang lakonan pula.

 

“Mulanya memang saya hanya mahu cuba selain ambil cabaran tersebut untuk uji kebolehan diri, namun tidak sangka pula lakonan saya itu dapat maklum balas baik daripada peminat,” katanya.

Sehingga kini Zarul telah berlakon beberapa buah drama dan telefilem di antaranya adalah Cik Serba Tahu, Misteri Sofa Lama, Inspektor Daniel, Menantu Malam Raya dan yang terbaru adalah filem alih bahasa, The Secret Life of Pets yang menggunakan suaranya bakal bersiaran di saluran astro tidak lama lagi.

IKLAN

Zarul Ligat Berlakon Daripada Menyanyi?

“Bila sudah banyak berlakon, minat dalam bidang ini pun bercambah sedikit demi sedikit dan kini saya mula selesa bergelar pelakon, malah cuba baiki segala kelemahan yang ada.

 

“Bagaimanapun, ingin tegaskan di sini bidang nyanyian tetap keutamaan sebab di situlah saya bermula dan itu jugalah yang jadi faktor saya buat keputusan untuk kembali kepada dunia seni,” akuinya jujur.

Menurut Zarul lagi, sejak sebulan yang lalu dia sudah pun merakamkan sebuah lagu untuk single namun ada beberapa bahagian yang dia rasakan tidak begitu sesuai dengannya sehingga ia menyebabkan lagu tersebut tidak jadi untuk diterbitkan.

IKLAN

Buat masa ini, Zarul sedang mencari material terbaik untuk menghasilkan single baru buat para peminatnya.

IKLAN

“Jadi ketika ini, saya sedang cari lagu yang lebih kena dengan jiwa saya tak kiralah ia berkonsepkan muzik ala 90-an mahupun muzik aliran trend terkini kerana apa yang lebih penting adalah kualiti lagu tersebut memenuhi apa yang saya mahukan,” katanya yang sebelum ini cukup dikenali menerusi lagu Ramalanku Benar Belaka bersama kumpulan Umbrella.

Sumber: Sinar Harian

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI