Alahai comelnya kucing kesayangan Zara Zya ni! Beberapa hari yang lalu Zara ada memuat naik sebuah video pendek ragam kucingnya.

Tidak dinafikan kucing tersebut kelihatan sangat sihat, besar dan bersih hingga menyebabkan ramai yang tertarik untuk menonton video tersebut.

Zara Zya Belanja RM3,000 Sebulan Untuk Kucing

Kucing berbulu lebat ini kelihatan sangat tenang sambil diperhatikan dan disisir rapi oleh pelakon Love You Mr. Arrogant itu.

IKLAN

Zara juga sempat berjenaka diruangan kapsyen instagramnya dengan mengatakan kini kerjanya hanya perlu mengasuh Beshetik (nama kucing tersebut).

Mengasuh jela keje mummy sekarang ni… @beshetik

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

IKLAN

Melihat saiznya yang agak besar, ramai netizen menyoalkan apakah rutin makanan kucingnya sehingga kelihatan gebu sekali.

“Ya Beshetik ni memang besar, tetapi dialah paling senang untuk dijaga. Dia manja dan mesra dengan sesiapa sahaja. Jika manusia dia boleh dikatakan manusia berbadan besar,” katanya pada MH Online sambil tergelak besar.
Katanya lagi dalam sebulan dia akan berhabis duit hampir RM3,000 untuk memastikan kebajikan kucingnya terjaga.

 

“Saya akui menjaga kucing memang agak mahal. Buat masa sekarang saya ada 10 ekor kucing dan kesemuannya menelan kos hampir RM3000 sebulan untuk memastikan pasir dan makanan mereka cukup.

 

“Kucing saya pula agak memilih makanan, mereka lebih suka makan Royal Canine berbanding makanan jenama lain. Tetapi adakalanya saya akan campurkannya juga. Mungkin sebab itulah dia jadi besar,” jelasnya lagi.

Zara Zya Belanja RM3,000 Sebulan Untuk Kucing

IKLAN

Menyoal tentang akaun instagram Beshetik, Zara memberitahu sering menerima mesej daripada peminat yang ingin berjumpa dengan haiwan peliharaannya itu malah ada yang mencuit hati apabila meninggalkan kata-kata seperti sedang berkomunikasi dengan kucingnya.

“Ya, memang ramai yang hantar mesej ingin berjumpa dengan Beshetik, tetapi apa yang lebih melucukan apabila ada juga peminat yang hantar seperti sedang berkomunikasi dengan kucing saya yang sebenarnya langsung tidak tahu apa-apa,” ujarnya.

Sungguhpun ada beberapa produksi yang ingin ‘meminjam’ kucing-kucingnya, namun Zara berkata dia hanya akan benarkan sekiranya shooting itu melibatkan dirinya juga kerana bimbang faktor keselamatan dan kebersihan kucingnya.

Jom layan beberapa video kucing Zara Zya yang pasti akan buatkan kamu rasa ingin menggomolnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI