Sejarah baru tercipta buat industri seni muzik tanah air apabila Yuna artis Malaysia pertama yang tercalon dalam Anugerah BET di Amerika Syarikat.

Syarikat pengurusan Yuna iaitu Yuna Room Records telah berkongsi berita gembira ini di akaun instagram milik mereka.

Yuna Cipta Sejarah, Tercalon Dalam Anugerah Bet

Anugerah BET merupakan anugerah tahunan yang dianjurkan oleh saluran Black Entertainment Television untuk pemuzik Afrika-Amerika serta golongan minoriti yang lain.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, 31, telah tercalon dalam anugerah ini dalam kategori Centric Award menerusi lagu Crush yang dinyanyikan olehnya bersama artis lelaki popular, Usher.

IKLAN

Dalam kategori ini, Yuna turut bersaing dengan lima penyanyi top yang lain iaitu Fantasia, Kehlani, Mary J. Blige, Solange dan SYD.

Bintang-bintang Hollywood lain yang turut tercalon dalam anugerah ini adalah Bruno Mars, Rihanna, Chris Brown, Missy Elliot, Nicki Minaj dan ramai lagi.

IKLAN

Majlis anugerah BET ini bakal berlangsung pada 25 Jun 2017 hari Ahad di Microsoft Theater, Los Angeles.

Kami di MH Online mendoakan semoga kemenangan berpihak kepada Yuna.

IKLAN

Sedikit info tentang Yuna, sejak kecil lagi Yuna telah didedahkan oleh kedua ibu bapanya untuk meminati bidang muzik dan bapanya juga merupakan seorang ahli muzik.

Yuna juga sering menyertai pertandingan nyanyian dan ketika usianya 18, pada tahun 2004, dia mula menjadi seorang penyanyi latar kepada penyanyi wanita tekenal, Dayang Nurfaizah selama beberapa bulan sebelum melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Nama Yuna kian meningkat naik di Malaysia sehingga akhirnya bakat Yuna dilamar di Amerika Syarikat oleh syarikat rakaman dan pengurusan Indie-Pop. Pada bulan Mac 2011, dia telah mengeluarkan album pertamanya di negara tersebut.  

Sumber: Instagram Yuna Room Records

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI