Baru baru ini Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa kesal kerana dilarang menukar lampin bayi di tandas RM2.

Semalam, menerusi akaun Instagramnya, Fazley telah memuat naik video mengenai sebuah tandas standard ‘premier’ si sebuah pusat membeli-belah di KLCC.

Chef selebriti itu mendakwa dia bersama isteri dan anak kecilnya dilarang masuk ke dalam tandas berkenaan untuk menukar lampin bayi dengan alasan tandas akan berbau busuk dengan bau najis bayi.

IKLAN

Bukan itu sahaja,,bermacam alasan kukuh cuba diberikannya, namun pengurus terbabit tetap berkeras tidak membenarkan mereka menggunakan tandas berkenaan.

Thank you for those who have shared their own experiences in @suriaklccmall toilet. Buat mereka yang tak tahu cerita penuh, mohon jangan mudah judge niat saya dan mereka yang turut berkongsi pengalaman yang hampir sama . Yang salah tetap salah, yang kurang ajar tetap kurang ajar. Namun saya tetap bersalaman dengan kakak manager tu sebelum saya balik. Apa yang kalian tak tahu ialah apabila kami bergegas ke tingkat dua masih lagi belum selesai masalahnya, dengan pampers yang bocor, ramai pengunjung turut tak selesa. (Itulah yang kami cuba elakkan dari awal lagi) Di tingkat dua, kami turut di marahi kerana cuba untuk tukar lampin yang bocor. Soalnya, it was an emergency! Hanya budi bicara yang kami harapkan . Oh well, whats done is done. Today pihak suria KLCC, Mr Ben Chong GM of Suria KLCC Management telah pun menelefon saya dan memohon maaf. Saya bertanya kepada beliau adakah benar ada undang2 ‘yang mengatakan “bayi tak boleh tukar pampers di toilet KLCC?” Kata beliau “TIDAK ADA!” dan kesilapan itu adalah dari pihak mereka sendiri kerana tidak menggunakan budi bicara berhadapan dengan kes kecemasan seperti itu. Tambah beliau lagi, KLCC tidak pernah mendeskriminasi ibu & bayi di dalam apa jua keadaan. Kes yang berlaku adalah kecuaian mereka di dalam memberi latihan penuh terhadap kakak manager tersebut . Saya nyatakan kepada beliau, saya nak jemput Kakak Manager tu untuk makan di @sukasucrebistro, saya nak masakkan untuk beliau, mungkin boleh membantu beliau untuk lebih lembut hati berhadapan dengan pelanggan di hari muka . Well guys, as far as im concern, the case is closed. Saya harap, in the future tidak lagi ada kes seperti ini berlaku di sebuah mall hebat bertaraf dunia yang menjadi kebanggaan negara!

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

IKLAN

Hari ini,menerusi kemas kini terbarunya di Instagram, Fazley memuat naik gambar maklum balas dari pihak pengurusan suria KLCC yang memohon maaf diatas kesilapan dari pihak mereka yang tidak menggunakan budi bicara berhadapan situasi kecemasan seperti itu.

Bagaimanpun, Fazley memohon agar mereka yang tidak tahu cerita penuh tersebut tidak mudah menghakimi niat beliau kerana perkara sebegini pernah berlaku kepada orang lain.

IKLAN

Difahamkan, kes berkenaan sudah pun selesai dan Fazley berharap agar perkara sebegini tidak akan berlaku di masa akan datang dan dia juga menjemput ‘kakak manager’ tersebut untuk makan di @sukasucrebistro dengan harapan supaya beliau akan lebih lembut hatinya untuk berhadapan dengan pelanggan.

Sumber : Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI