Select Page
  • 8.2K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    8.2K
    Shares

Pelakon dan pengacara Yana Samsudin mengharapkan keharmonian rumah tangga Datuk Farid Kamil dan isterinya, Datin Diana Danielle seperti yang dipamerkan pasangan selebriti berkenaan berkekalan sampai bila-bila.

Katanya kepada MH, sebagai adik ipar sudah pastinya dia tumpang gembira dengan perkembangan berkenaan.

Yana ditanya mengenai apa pandangannya sebagai mengulas desas desus sebelum ini yang mengandaikan status hubungan Farid dan Diana seakan bergolak ketika pelakon Anak Halal itu terhimpit kontroversi Januari lalu.

Bagaimanapun, spekulasi tersebut dinafikan Farid.

“Sebagai adik ipar, saya gembira bila tengok perkembangan hubungan mereka. Saya harap kebahagiaan yang mereka lalui itu lebih telus dan semoga ia kekal sampai hujung nyawa.

 

“Malah apa bila berdepan dan melihat dugaan yang dilalui Farid sebelum ini, ia membuatkan saya terfikir memandangkan empoh perkenalan saya dan Farid sudah lama.

 

“Kami kenal sewaktu sama-sama awal terlibat dalam seni. Malah saya kenalinya dulu sebelum suami. Jadi sudah pasti saya tidak mempercayai dakwaan tersebut,” akui Yana.

Apa pun, tambah pelakon Adnan Sempit ini lagi, dia percaya, setiap yang berlaku itu mempunyai hikmah di sebaliknya.

“Mungkin ada hikmah atas segala apa yang terjadi. Sekarang, semuanya baik-baik sahaja. Syukur, alhamdulillah,” kongsi Yana yang turut menambah, sepanjang Ramadan dia sebolehnya mahu memberi tumpuan kepada ibadat dan perniagaannya yang kian berkembang.

 

“Setakat ini, saya tidak ambil mana-mana projek berlakon yang makan masa lama sebab kalau boleh, saya mahu fokus pada ibadat dan perniagaan tudung, Ayana Hijab, menerusi Mood Republik,” kongsinya.

Terdahulu, Yana ditemui media sejurus selesai sidang media Back To Back Raya Galore Festival Mode Republik 2018 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin berkahwin dengan adik Farid, Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Foto: Instagram Yana Samsudin, sumber Google

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: