Puteri sulung Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim, Yahaira Leanne, bakal muncul dalam program eBu Babypedia.

Semua tahu pasangan Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim begitu menjaga privasi keluarganya terutama dalam mendedahkan anak-anak mereka kepada gemerlapan dunia hiburan.

Yahaira Leanne Bakal Muncul Di Kaca TV

Bagaimanapun mereka agak terbuka dalam berkongsi pengalaman dan tip keibubapaan menerusi program eBu Babypedia yang kini memasuki musim kedua.

Anak pertama pasangan serasi itu, Yuhaira Leanne yang kini berusia dua tahun turut membuat kemunculan dalam memeriahkan program tersebut menerusi rancangan itu.

IKLAN

Yahaira Leanne Bakal Muncul Di Kaca TV

Bagaimanapun Yusry menegaskan eBu Babypedia bukannya semata-mata mengenai anak mereka namun menghimpunkan pelbagai petua serata dunia serta amalan turun temurun dalam membantu ibubapa untuk menjaga cahaya mata mereka dengan sempurna termasuklah petua kehamilan.

Lisa dan Yusry masih kekal sebagai wajah utama program itu dalam berkongsi menjaga dua anak mereka, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne yang kini berusia tiga bulan.

IKLAN

Yahaira Leanne Bakal Muncul Di Kaca TV

Dalam pada itu, Yusry berkata, walaupun mereka sebelum ini tidak terbuka dalam berkongsi perihal anak mereka kepada umum, namun menerusi program itu tiada sebarang had diletakkan kepada produksi dalam menampilkan Yahaira.

IKLAN

Bagaimanapun kata Yusry, itu tidak bererti Yahaira perlu mengikut semua jadual penggambaran sebaliknya kanak-kanak itu muncul secara spontan.

“Kami tidak meletakkan sebarang had dalam penampilan anak kami dalam rancangan itu kerana eBu Babypediabukannya program realiti.

 

“Sebaliknya apa yang berlaku kami tidak memaksanya untuk melakukan penggambaran dan jika dia tiba-tiba muncul maka adalah terselit wajah Yahaira bersama kami,” jelasnya.

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI