Wah nampaknya ramai peminat kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Fazura begitu teruja apabila artis kesayangan mereka ini telah menjemput semua peminat-peminat untuk menghadiri majlis persandingan mereka.

Menerusi akaun Instagram kedua-dua pasangan romantik ini mereka telah berkongsi gambar kad undangan untuk majlis persandingan mereka yang bakal diadakan padan 11 Mac ini di Royale Palace, Shah Alam.

Wow, Peminat Dijemput Hadiri Majlis Persandingan Fattzura!

Wow, Peminat Dijemput Hadiri Majlis Persandingan Fattzura!

IKLAN

“Dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih sayang.. Dijemput hadir ke Majlis Persandingan kami. InsyaAllah. Lots of Love ?,” tulis Fazura di ruang kapsyen menjemput peminat-peminatnya.

Di ruang komen kedua-dua artis ini terlihat peminat mereka begitu gembira atas jemputan ini. Bukan main seronok lagi MH tengok sampai ada yang tak sabar dah nak tengok pasangan selebriti kesayangan mereka ini bersanding di depan mata.

nuqhulzahraa: Bestnyaa.. Tp nk pegi jauh sgt.. Duk lgkawi, klau duk kL mmg pegi dh.. Apa2 pn smoga dpermudahkan urusan.. Tahniah kak @missfazura minat awk sgt ?

IKLAN

bajukurungmurah.2018: Nak ikut… Mesti ramai buat ronbongan che kiah ni.. Hehe..anyway smoga murh rezki u both sbb blnje peminat.. Yeayy

nelydiaaaa_: ni tak sabar ni ❤

IKLAN

fattahamindahkahwin: YEAYYYYYYYYYY NAKKKKKKKK PEREEERRRRGGGGGIIII????????????

MH doakan semoga segala urusan Fattah dan Fazura untuk majlis persandingan ini dipermudahkan. Semoga masjid yang dibina oleh pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.

Sumber: Instagram Fattah Amin & Fazura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI