Select Page
  • 7.3K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    7.3K
    Shares

Jika sebelum ini penyanyi Dayang Nurfaizah menyahut cabaran dari Media Hiburan dengan menyanyikan lagu Wany Hasrita berjudul Menahan Rindu dengan gayanya yang tersendiri, kali ini tiba giliran Wany pula menyanyikan lagu penyanyi pujaannya itu.

Wany ketika ditemui di rakaman program Muzik-Muzik Raya di Hotel Marriot, Putrajaya baru-baru ini memberitahu, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada penyanyi popular ini kerana sporting meyampaikan lagu tersebut.

“Kebetulan kami lakukan program raya bersama dan saya sempat menghulurkan salam sambil mengucapkan terima kasih,” katanya yang kini popular dengan lagu duet bersama Tajul iaitu Di Sana Cinta Di Sini Rindu.

Lalu, Wany ‘balas’ rasa terima kasihnya itu dengan cuba menyampaikan lagu terbaru Dayang Nurfaizah berjudul Separuh Mati Ku Bercinta mengikut lenggok dan caranya sendiri.

“Saya cuba okay. Kalau silap jangan marah tau,” pohon Wany merendah diri.

Sehingga kini, video yang telah dimuat naik menerusi Instagram @mediahiburan sudah pun ditonton lebih 130,000 tontonan.

Dalam perkembangan lain, Wany bersama artis label FMC Music baru saja selesai merakamkan lagu raya mereka berjudul Lebaran Terindah.

Penggambaran klip video untuk lagu raya tersebut telah dilakukan beberapa minggu lalu di Desa Balqis, Melaka.

 

 

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "