Semua sudah sedia maklum dengan kontroversi yang mengaitkan dua orang bekas anggota kumpulan Elite, Hana dan Watie tentang isu tuntutan saman Hana terhadap Watie.

Menurut satu sumber, Watie telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen untuk membayar RM102,490.05 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) pada 30 November depan.

Hakim Rasyihah Ghazali telah memerintahkan Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali ketika prosiding dalam kamar yang turut dihadiri Hana juga peguamnya, Samir Zainal.

Selain itu, Watie juga turut diperintah untuk membayar sebanyak RM2,500 setiap bulan kepada Hana dan ianya berkuat kuasa pada Januari 2018.

IKLAN

Samir Zainal ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, berkata jumlah RM102,490.05 itu termasuk dalam ganti rugi seperti diarahkan mahkamah sebelum ini, iaitu sebanyak RM707,351.83.

Katanya lagi, untuk permulaan Watie perlu membuat pembayaran sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November depan.

IKLAN

“Untuk baki selebihnya pula, iaitu RM2,990.05 Watie boleh bayar pada bulan berikutnya.

 

“Hana akan bebas daripada status muflis selepas mendapat surat pembatalan daripada Jabatan Insolvensi yang mengesahkan Hana tidak lagi diisytihar muflis,” katanya.

Dalam pada itu, Samir juga berkata bayaran RM2,500 pula harus dibayar kepada Hana pada setiap 25 hari bulan sehingga jumlah RM604,861.78 selesai.

IKLAN

Hana pula menarik nafas lega dan bersyukur kerana semuanya sudah berakhir.

“Saya kini bebas dan lega dengan keputusan mahkamah hari ini dan saya boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

 

“Impian saya untuk bertemu dua anak yang kini di bawah jagaan bekas suami di London dapat ditunaikan,” katanya.

Menurut Hana, dia tidak dapat bertemu dengan dua orang anaknya, Aaron David Mann, 16 dan Alayna Daviella Mann, 15 sejak diisytihar muflis kerana disekat untuk ke luar negara.

Sumber: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI