Malang tidak berbau, itulah yang menimpa pada seorang lelaki berusia 65 tahun apabila menemui ajal sewaktu melakukan ibadah korban Jumaat lalu.

Berita menyedihkan ini telah mendapat perhatian netizen dan ramai bersimpati pada mangsa yang lebih dikenali sebagai Kamarudin Mamat.

Kamarudin telah dipijak oleh lembu korban di bahagian dada dan mengalami kecederaan dalaman hingga menyebabkan dia mempunyai masalah sukar bernafas.

IKLAN

Mangsa telah menghembuskan nafas terakhir sewaktu dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Dabong bersama isteri, Che Hasmah Abd Rahman, 59 dan anak keduanya Siti Hajar Kamarudin, 36 yang menetap di Kampung Dusun Durian.

Menurut Siti Hajar, sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha bapanya sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda pelik. Malah, bapanya juga sempat menjamah makanan yang dimasak olehnya.

IKLAN

“Arwah ayah sempat makan dan kemudiannya ke tempat lembunya ditambat untuk melakukan ibadah korban.

 

“Ketika itu, arwah juga sempat memuji nasi beriani saya masak sedap dan terus keluar,” katanya menceritakan detik akhir bersama arwah kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, lembu yang ingin dikorbankan itu agak garang dan telah terlepas beberapa kali.

Oleh kerana penat menanti, Siti Hajar pulang ke rumah seketika dan secara tiba-tiba ramai orang mengusung bapanya ke rumah sejauh 100 meter.

IKLAN

“Sebelum kejadian empat kali lembu terlepas kami yang turut berada di lokasi kejadian kemudiannya pulang ke rumah terletak kira-kira 100 meter untuk melihat aktiviti korban dari rumah setelah lama menunggu.

 

“Tidak lama kemudian arwah jatuh dan diusung orang ramai ke rumah,” katanya.

Walaupun ada sebuah video yang memaparkan seorang pakcik ditendang oleh lembu sewaktu sibuk ingin mengerjakan ibadah korban, namun Siti Hajar menafikan semua yang tersebar itu adalah bapanya.

SUMBER : Sinar Harian Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI