Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pelakon jelita, Nelydia Senrose mampu menarik nafas lega apabila waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret Shah Alam bulan lalu dibatalkan hari ini.

Majistret, P Sarulatha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Peguam Lembaga Hasil Dalam Negeri, Nurulsheeda Mohd Yahaya menarik balik kes berkenaan.

Pada prosiding itu, Nurulsheeda memaklumkan bahawa pelakon itu telah menyelesaikan pembayaran.

[irp posts=”52″ name=”Amira Othman Bakal Muncul Dalam Abang Bomba I Love You Raya”]

Pelakon Cinta Jannah itu menghadapi lima pertuduhan gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran pada 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Dia juga didakwa didakwa gagal mematuhi notis mengikut Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Bulan lalu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap aktres itu selepas gagal hadir pada prosiding yang ditetapkan.

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "