Penyanyi baru yang sedang meningkat naik, Wany Hasrita mengakui masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru yang sedang dilaluinya kini.

Dia sendiri tidak pernah menyangka single pertamanya, Menahan Rindu telah memberikan impak besar dalam kehidupannya daripada seorang yang tidak dikenali sehingga menjadi sebaliknya hari ini.

Biarpun begitu, kata Wany, apa yang diperoleh kini tidak pernah menjadikan dia lupa diri, malah merasakan ia sebagai satu tanggungjawab baru yang harus disempurnakan dengan sebaiknya sebagai membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Wany Hasrita Jadi Popular Dalam Masa Singkat

“Memang saya akui dikenali dalam masa yang begitu singkat kerana tuah lagu Menahan Rindu yang berjaya menarik perhatian ramai ketika mula diperkenalkan.

 

“Namun situasi itu tidak menjadikan saya mudah leka atau merasa selesa dengan apa yang dikecap kini, sebaliknya saya merasakan perlu untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari masa ke semasa.

 

“Alhamdulillah syarikat rakaman banyak membantu saya untuk belajar tentang selok-belok industri dan cuba menyesuaikan diri dengan sebaik yang mungkin agar kerjaya yang baru dibina ini dapat memberikan sesuatu yang positif buat saya dan industri seni secara amnya,” katanya yang bernaung di bawah syarikat rakaman FMC ini.

Menyokong kata-katanya itu, Wany juga memberitahu dia turut mengambil kelas vokal untuk memperbaiki mutu nyanyiannya atas kesedarannya sendiri meski tidak dicadangkan oleh syarikat rakamannya.

IKLAN

Wany Hasrita Jadi Popular Dalam Masa Singkat

“Dulu saya menyanyi kerana hobi, tetapi apabila sudah bergelar artis rakaman, bidang nyanyian secara tidak langsung menjadi kerjaya sepenuh masa saya dan semestinya saya tidak boleh ambil mudah atau syok sendiri macam dulu lagi.

 

“Sebaik sahaja menandatangani kontrak sebagai artis rakaman, saya merasa telah memegang satu tanggungjawab dan mula bersungguh-sungguh dalam apa sahaja yang saya buat berkaitan nyanyian.

 

“Saya ambil inisiatif belajar vokal dengan Cikgu Shafi dan Ernie Zakri untuk memperbaiki kelemahan saya dan dalam masa yang sama belajar tentang teknik-teknik yang dapat bantu saya tingkatkan mutu nyanyian,” akuinya.

Kurang aktif di media sosial

Selepas dikenali dengan Menahan Rindu dan kemudiannya diikuti dengan lagu duet, Di Sana Cinta Di Sini Rindu bersama Tajul, Wany kini muncul dengan single terbarunya, Rintihan Rindu yang turut mendapat perhatian yang sama sebagaimana single terdahulu.

IKLAN

“Terima kasih kepada pihak syarikat rakaman kerana tidak mengambil masa yang lama untuk memberi peluang kepada saya tampil dengan single kedua ini di mana ia juga merupakan lagu ciptaan daripada komposer yang sama dengan lagu sebelum ini iaitu Ibnu dan Gouffran.

 

“Alhamdulillah, semenjak mula dilancarkan lebih dua minggu lalu, peminat memberikan respons yang cukup positif membuatkan saya makin bersemangat untuk berkongsi lagu tersebut dengan lebih ramai orang.

 

“Malah buat masa ini juga saya sibuk dengan aktiviti promosi untuk single terbaru ini dan mengharapkan ia dapat memberikan yang serupa sebagaimana single pertama sebelum ini,” katanya yang selesa dengan lagu-lagu berentak balada.

Wany Hasrita Jadi Popular Dalam Masa Singkat

Menyentuh tentang album, kata Wany, syarikat rakaman mempunyai perancangan mereka yang tersendiri dalam merencana kerjaya seninya di mana buat ketika ini dia terlebih dahulu akan tampil dengan lagu-lagu single sahaja.

IKLAN

“Perancangan untuk keluar album itu memang sudah ada, cuma buat masa ini saya akan keluar dengan lagu single terlebih dahulu sampai lima atau enam buah lagu sebelum tampil dengan mini album selepas itu.

 

“Saya faham sebagai penyanyi baru, apatah lagi dalam keadaan pasaran album yang tidak menentu sekarang, pihak rakaman perlu membuat perancangan teliti agar apa yang bakal mereka lakukan membuahkan hasil yang berbaloi untuk semua pihak,” ujar Wany.

Menurut Wany lagi, dia sebolehnya mahu peminat mengenalinya kerana bakat yang dimiliki dan bukan perkara selainnya yang turut mengiringi perjalanan kerjaya seninya merujuk kepada gosip yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi baru. Tajul.

Wany Hasrita Jadi Popular Dalam Masa Singkat

“Saya faham bila dah masuk dunia hiburan, memang kita tidak dapat lari daripada gosip dan sering berdepan dengan perkara-perkara yang di luar jangkaan kita.

 

“Begitu juga gosip dengan Tajul, saya sendiri tidak tahu ia bermula dari mana kerana kami berdua hanyalah rakan duet , malah bernaung di bawah satu syarikat rakaman yang sama dan tidak pernah lebih daripada itu.

 

“Saya harap gosip seperti ini tidak dipanjangkan kerana ia mungkin kurang manis untuk saya, malah saya juga tidak mahu ia akan memberikan persepsi yang tidak baik kepada keluarga saya terutamanya ibu yang merupakan seorang ibu tunggal,” tegas Wany.

Dalam pada itu, Wany turut mengakui tidak begitu gemar berkongsi tentang kisah peribadinya kepada umum, malah tidak begitu aktif dengan media sosial meskipun ia kini menjadi keperluan ramai artis kini untuk mengumpulkan pengikut mereka.

“Sebelum ini saya hanya update media sosial terutamanya Instagram bila rasa perlu sahaja, itu pun bukan gambar selfie saya lebih kepada gambar lain yang seperti pemandangan dan sebagainya.

 

“Namun selepas bergelar artis, mahu tidak mahu saya terpaksa biasakan diri untuk update gambar-gambar tertentu atas permintaan peminat yang mahu tahu tentang perkembangan saya.

 

“Bagaimanapun tidak banyak juga yang saya kongsi, kalau kerapkan hanya melalui insta story yang hanya boleh dilihat dalam tempoh yang singkat sahaja,” ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Shah Alam ini.

Teks oleh: Wawann Mohd

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI