????????????????????????????????????

Selain popular dengan lagu Sedalam Dalam Rindu, nama Tajul kian kukuh dalam dunia muzik apabila single keduanya bersama Wany Hasrita yang berjudul Di sana Cinta Di Sini Rindu  turut menerima perhatian.

Lagu duet tersebut nyata memberi impak besar buat kedua-dua penyanyi muda itu apabila rata-rata netizen membayangkan kerjasama itu ibarat menggamit nostalgia Nana (Siti Nordiana) dan Achik Spin.

IKLAN

Berkongsi mengenai perkara tersebut, Tajul akui sudah pun mengetahui respons yang diterima netizen.

IKLAN

“Ada yang komen dan tidak kurang yang katakan kami ni pasangan duet serasi. Alhamdulillah, komen dan kritikan diterima.

 

“Baik atau buruk saya tetap anggap sebagai dorongan. Tambah lagi sebagai orang baru, sudah tentunya komen-komen netizen banyak membantu untuk melihat mana yang kurang untuk diperbaiki.

 

“Soal banding dengan arwah abang, saya tidak kisah kerana arwah memang abang saya. Jadi mahu tidak mahu, pasti akan ada yang mengaitkan. Saya okay saja,” terang Tajul ringkas.

Tambahnya lagi, selain membanding ada juga yang anggap keserasian bersama Wany menerusi lagu tersebut seperti adanya ‘bunga-bunga cinta’ di antara mereka.

IKLAN

“Tak bercinta pun. Kami sekadar rakan sekerja dan hanya mahu berikan yang terbaik untuk lagu tersebut. Lebih-lebih tak ada pun sebab masing-masing masih muda dan tengah gigih untuk bina nama,” kongsi Tajul menjelaskan kedudukan sebenar.

Mengulas perkembangan terkininya pula, Tajul sudah pun merancang merakamkan single terbaru, namun masih mencari lagu yang sesuai dengan personaliti dan tone suara.

“Selebihnya, saya giat promosi single duet saya bersama Wany selain memenuhi undangan persembahan nyanyian dan sesi fotografi,” kata Tajul kepada Media Hiburan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI