Nampaknya tindakan Wani Kayrie memuat naik sekeping gambar bersama pemain bola sepak JDT, Safawi Rasid di Instagram telah menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Good game Saf ? You did your best ?#6 #SeaGames2017

A post shared by Wani Kayrie ♡ (@wanikayrie) on

Perkara ini bukanlah sesuatu yang biasa kerana jika dilihat sejak awal kemunculan Wani tidak banyak berkongsi gambar bersama lelaki apatah lagi apabila penyanyi ini dikatakan memberi semangat dan ada pula yang meninggalkan komen nampak mereka ketika menonton bola.

Wani Kayrie Akui Rapat Dengan Pemain Bola JDT Safawi Rasid

Ia membuatkan ramai berteka teki apakah status hubungan mereka dan mengapa Wani tiba-tiba berkongsi gambar ini bersama Safwan?

Wani Kayrie Akui Rapat Dengan Pemain Bola JDT Safawi Rasid

IKLAN

Wani Kayrie Akui Rapat Dengan Pemain Bola JDT Safawi Rasid

Wani Kayrie Akui Rapat Dengan Pemain Bola JDT Safawi Rasid

Adakah benar mereka berdua mempunyai hubungan istimewa? MH Online segera mendapatkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Jangan Jangan ini untuk menjawab segala persoalan yang timbul.

IKLAN

“Sebenarnya kami berdua berkawan rapat sahaja. Tidak lebih daripada itu. Kami mengenali antara satu sama lain melalui Instagram. Saya tahu saya jarang muat naik gambar dengan lelaki, tetapi tak sangka pula bila muat naik gambar dengan Safawi ramai pulak yang beri respons. Siap ada yang mendoakan lagi.

“Saya ada beritahu pada Saf, tapi dia juga tiada masalah tentang isu ini. Memang niat kami pada mulanya hanya mahu berkawan sahaja. Malah, Saf juga tidak kisah untuk saya berterus terang pada semua tentang hubungan persahabatan kami.

“Lagi pun kami berdua masih muda, masing-masing perlu fokus pada kerjaya. Banyak benda yang perlu kami lalui. Jadi soal cinta semua ni kami berdua tolak tepi dahulu,” jawabnya ketika dihubungi.

Malah Wani turut menambah tujuannya untuk memuat naik gambar bersama adalah untuk berkongsi kegembiraannya terhadap kejayaan Safawi bukanlah semata-mata untuk membuka rahsia hubungan mereka.

Wani Kayrie Akui Rapat Dengan Pemain Bola JDT Safawi Rasid

Wani akui, sejak mula mengenali Safawi dia sudah mula jatuh cinta dengan arena bola sepak. Malah dia juga memberitahu ibunya juga terjebak sama dalam perkara ini.

IKLAN

“Jujur sebelum ini memang saya tak tahu langsung pasal bola. Tapi selepas saya mengenali Safawi banyak benda yang saya belajar.

“Mula-mula tertanya-tanya jugak apa menariknya tentang bola, bila dah layan best jugak sebenarnya. Sesekali ada juga kami berbincang tentang bola.

“Ibu juga begitu, waktu mula-mula saya layan perlawanan bola yang membabitkan team JDT, ibu pelik sejak bila saya mula minat untuk tonton sukan seperti ini, kebetulan masa itu Safawi berjaya menjaringkan goal, jadi saya beritahu ibu dialah kawan saya kemudian sejak itu ibu pun berminat untuk tengok dan sesekali teman saya tonton bola di stadium,” jelasnya lagi.

Walaupun ada sesetengah individu berpendapat Safawi agak ‘selfish’ dan ‘poyo’ di atas padang, Wani turut memberi pandangannya.

Wani Kayrie Akui Rapat Dengan Pemain Bola JDT Safawi Rasid

“Ya memang saya akui ramai yang cakap dia ‘tamak bola’ bila di padang. Tetapi bagi saya dia tahu apa yang dia lakukan kerana memang itu tugasnya untuk memastikan team JDT menang. Namun apabila di luar dia memang berbeza. Tidak seperti apa yang orang lain nampak. Dia sangat friendly dan baik,” jelasnya lagi

Dalam masa yang sama, Wani turut memberitahu tidak mahu keluarkan apa-apa komen sekirannya ada jodoh di antara mereka. Malah Wani berpendapat itu semua terletak pada Safawi sendiri.

Apa pun MH Online doakan terbaik buat Wani dan Safawi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI