Korang masih ingat lagi tak iklan petronas ‘Tan Hong Ming in Love’ yang pernah ditayangkan 10 tahun lalu, semperna Hari Kemerdekaan Malaysia?

Iklan tersebut memaparkan dua orang pelajar sekolah kebangsaan yang mempunyai perbezaan kaum namun mereka ‘suka’ antara satu sama lain.

Melihat jawapan-jawapan spontan Tan Hong Ming yang cuba untuk memberitahu perasaannya terhadap pelajar perempuan dikenali sebagai Ummi Khazriena membuatkan semua penonton tercuit hati.

Lebih lagi apabila narrator bertanya adakah Ummi tahu perasaan Hong Ming terhadapnya? Dia menjawab tidak, kerana bimbang orang akan ketawakannya dan dia tahu Ummi tidak sukakannya.

Namun perkara menjadi lebih menarik apabila di akhir video ini Ummi memberitahu dia sudah mempunyai kekasih dan kekasihnya itu ialah Hong Ming.

Reaksi wajah Hong Ming yang ‘jaw dropped’ kerana terkejut sungguh priceless dan sangat comel sehingga hari ini ramai masih boleh membayangkan reaksinya.


Pada tahun 2014, mereka telah ditemukan semula dan membuatkan ramai orang terimbau kembali iklan yang cukup mencuit hati itu.

IKLAN

Pertemuan semula mereka ini mendapat perhatian ramai, sehinggakan banyak media membuat liputan tentangnya.

Hong Ming nampak tidak berubah kecuali berkaca mata. Namun untuk Ummi, dia kelihatan sangat berbeza dan sangat cantik!

Wajah Terbaru Ummi Khazriena, Pelakon Iklan Kanak-Kanak Petronas

Wajah Terbaru Ummi Khazriena, Pelakon Iklan Kanak-Kanak Petronas

IKLAN

Namun baru-baru ini, sebuah portal hiburan tempatan telah mengingatkan kembali iklan tersebut dan membuatkan MH Online tertanya-tanya bagaimana pula wajah Ummi sekarang ini.

Okay tak nak cakap banyak, korang lihat sendiri bagaimana perubahan wajah gadis yang pernah mencuri hati rakyat Malaysia suatu ketika dahulu.

Wajah Terbaru Ummi Khazriena, Pelakon Iklan Kanak-Kanak Petronas

Wajah Terbaru Ummi Khazriena, Pelakon Iklan Kanak-Kanak Petronas

IKLAN

Wajah Terbaru Ummi Khazriena, Pelakon Iklan Kanak-Kanak Petronas

Wajah Terbaru Ummi Khazriena, Pelakon Iklan Kanak-Kanak Petronas

Wajah Terbaru Ummi Khazriena, Pelakon Iklan Kanak-Kanak Petronas

Wajah Terbaru Ummi Khazriena, Pelakon Iklan Kanak-Kanak Petronas

Wajah Terbaru Ummi Khazriena, Pelakon Iklan Kanak-Kanak Petronas

Cantik kan? Kini Ummi berusia 17 tahun dan aktif dalam persembahan seni seperti teater dan tarian moden.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI