Akhirnya setelah sekian lama menanti dan berteka-teki tentang baby AA, anak kepada pelakon Amyra Rosli dan pasanganya Amar Baharin terjawab!

Seperti yang MH pernah beritahu sebelum ini ramai peminat Amyra Rosli meminta dirinya untuk berkongsi wajah dan nama anak kerana sehingga kini Amyra hanya muat naik gambar-gambar teasear anaknya.

Jika sebelum ini Amyra pernah meminta pengikutnya teka apakah nama anaknya melalui Instagram sambil memberi klu huruf hadapan “AA”, kali ini buat pertama kali, Amyra telah berkongsi nama anaknya di ruangan Insta Stories.

Malah apa yang MH perasan, nama akaun @amyramarjr. Turut ditukar kepada nama betul anak mereka iaitu Aqeef Anaqi!

IKLAN

Wajah Mirip bapa, Akhirnya Amyra Rosli & Amar Baharin Kongsi Nama Anak

Bukan itu sahaja, malah display picture untuk akaun tersebut juga telah ditukar kepada wajah yang lebih jelas kelihatan.

Melalui pemandangan kami melalui gambar tersebut, nampaknya Aqeef banyak iras dan mengikut muka bapanya.

IKLAN

Awwww so cute!

Seperti biasa, teruja dengan perkongsian kedua pasangan ini, ruangan komen Aqeef yang kini mempunyai 108K pengikut dihujani dengan ucapan-ucapan positif

Wajah Mirip bapa, Akhirnya Amyra Rosli & Amar Baharin Kongsi Nama Anak Wajah Mirip bapa, Akhirnya Amyra Rosli & Amar Baharin Kongsi Nama Anak

IKLAN

Apapun, MH suka dengan nama Aqeef Anaqi. Comel sungguh sama seperti tuan punya badan!

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI