Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nama Vivy Yusof tidak perlu diperkenalkan lagi dalam bidang perniagaan. Berjaya menempa nama dan menjadikan empayarnya dikenali ramai.

Kini, empayar miliknya melangkah lebih jauh dengan mengeluarkan rangkaian produk kosmetik. 

BACA JUGA >http://www.mediahiburan.my/vivy-yusof-dan-suami-dapat-title-baru/

Vivy Yusof atau nama sebenar Vivy Sofinas Yusof menampilkan koleksi gincu, pengilat bibir, krim bibir dan palet pembayang di bawah jenama dUCk Cosmetics.

Apa yang lebih membanggakan, dUCk Cosmetics merupakan kedai kosmetik tempatan yang pertama dibuka di sebuah pusat beli belah eksklusif, Pavilion Kuala Lumpur, yang terkenal dengan rangkaian outlet berjenama antarabangsa.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Vivy, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan momen pelancaran jenama barunya di pusat beli belah terkemuka itu.

Menurut Vivy pelancaran dUCK Cosmetics dilaksanakan selepas mengambil masa selama setahun setengah menjalankan kaji selidik dan sebagainya.

“Had a teary moment giving my speech to the dUCkies who came for duckcosmetics.

 

“Realised more than ever how much they mean to us. They lifted dUCk up, they stayed loyal to dUCk through ups and downs, and they are the reason for us even standing here. Without them, dUCk is nothing.”

 

“So thank you again from the bottom of our hearts for believing in this proud local brand.” tulis Vivy pada gambar tersebut.

Ruangan komen di instagram Vivy juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan berbangga dengan pencapaiannya.

Vivy telah berkahwin dengan Fadza Anuar pada tahun 2012 dan kini mempunyai dua cahaya mata Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah.

Pastinya ramai yang menjadikannya sebagai idola kerana kejayaan yang telah dikecapi pada usia muda. MH Online ucapkan tahniah atas pencapaian terbaru ini.

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "