Select Page

Mark Sinclair lahir pada 18 Julai 1967, lebih dikenali dengan nama pentas beliau Vin Diesel, merupakan seorang pelakon, penerbit, pengarah, dan penulis skrip kelahiran Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan lakonan beliau sebagai Dominic Toretto dalam siri filem The Fast and the Furious yang kini siri yang ke lapan.

Terkenal dengan aksi lasak Hollywood Vin Diesel meluahkan rasa terujanya terhadap bulan Ramadan serta memuji bulan penuh dengan keberkatan ini dalam sebuah rakaman video bersama rakannya yang dimuat naik di instagram milik rakannya French Montana.

Video tersebut telah mencetuskan fenomena apabila lebih 120,000 perkongsian di Facebook dan ditonton lebih 4.9 juta kali sejak ianya mula dimuat naik Selasa lalu.

Menerusi rakaman video yang turut dimuat naik Facebook The Australian Muslim itu, Vin Diesel menyatakan rakannya yang beragama islam berpuasa dan berseloroh mungkin dia akan terikut sama.Dia turut berkata konsep bulan Ramadan begitu menakjubkan dan mungkin bermanfaat dalam kehidupan sesiapa sahaja kerana dapat melalui pengalaman dan disiplin seumpamana itu sepanjang bulan puasa.

Dia turut menambah bahawa berpuasa mungkin satu pengalaman yang berupaya mengembalikan ketenangan diri sesesiapa yang mengamalkannya.


Dalam video yang dimuat naik penyanyi rap French Montana, Vin Diesel dan Fresh Montana tampak sedang santai berada di beranda berbalut jubah putih di Malibu,California

“Bersama dengan saudara saya @vindiesel di hari pertama Ramadan,” tulis Frenchmontana di akaun Instagram miliknya.

🙏 with my brother @vindiesel 1st day of Ramadan 🙌🙏🌊

A post shared by French Montana (@frenchmontana) on

 

Karim Kharbouch atau dikenali French Montana merupakan artis hip hop Amerika Syarikat yang dilahirkan di Morocco

Rata-rata netizen memberikan respon positif terhadap kenyataan Vin Diesel itu.

Sumber : Instagram Frenchmontana

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

Comments

error: