Selain isu foto ‘anu’ yang didakwa milik aktor, Zul Ariffin yang tular baru-baru ini, kisah hubungannya dengan penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan turut mulai diperkatakan ramai.

Malah kemesraan tersebut kian diperkatakan apabila pelakon kontroversi, Fathia Latiff ada memuat naik gambar mereka berdua menerusi Instagram miliknya.

Bagaimanapun, posting berkenaan telah pun dipadam selepas beberapa jam ia dimuat naik.

Sebelum ini, pasangannya menerusi filem seram, Misteri Dilaila itu ada memberi kenyataan bahawa dia tidak tahu menahu motif sebenar pelakon berkenaan memuat naik gambarnya bersama Zul ketika di set penggambaran filem tersebut.

IKLAN

MH mendapatkan Zul bagi mengulas isu sama. Akuinya, dia tidak tahu mengenai entri tersebut sehinggalah diberitahu.

“Pada mulanya saya tidak tahu. Lizzy (Elizabeth Tan) yang ada memberi kenyataan sebelum ini. Saya hanya shooting dengan dia dan Lizzy pun happy go lucky apabila berada di set penggambaran. Adegan kami kebanyakannya bersama.

 

“Cuma masa tu, bukan Lizzy saja berada di situ, Zaskia pun ada. Ramai lagi yang ada di set,” katanya jujur.

Ditanya sama ada entri tersebut seakan memberi isyarat adanya cinta lokasi di antaranya dan Lizzy, Zul memberitahu tiada cinta lokasi. Sebaliknya, apa yang dilihat adalah untuk menjayakan filem berkenaan sahaja.

IKLAN

“Tidak ada cinta lokasi. Just untuk filem itu sahaja,” jawab Zul.

Terbaru, sedutan video menerusi IG Lizzy yang menyaksikan aktor sasa itu sedang mendukungnya ketika di set penggambaran filem terbarunya itu turut menjadi buah mulut netizen.

IKLAN

Ikuti sedutan temu bual bersama Zul menerusi FB Live MH.

Foto: Instagram Elizabeth Tan

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155596367528435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI