Pelakon popular, Sharifah Sakinah sememangnya seorang yang sangat ceria dan slumber malah setiap gelagatnya sering membuatkan netizen terhibur.

Baru-baru ini, Sakinah ada memuat naik sebuah video di Instagramnya dan video tersebut merakamkan dirinya sedang tidur.

Menurut kapsyen Sakinah, video itu dirakam tanpa sengaja kerana ketika dia sedang bermain-main dengan handphonenya, dia tertidur dan jarinya tertekan butang record pada telefon pintarnya itu.

Secara tidak langsung wajah pelakon ini yang sedang tertidur telah dirakam sendiri olehnya.

Walau bagaimanapun, mesej yang ingin disampaikan oleh Sakinah kepada semua adalah untuk memberi pengajaran supaya kurangkan bermain telefon.

IKLAN

“Hahaha guys! I wanna share somethin funny. Im so addicted To my phone so satu malam tgh shooting tu kinah tgh main main phone tertidur tapi tertekan record . Bila perasan cepat cepat off record ! I jujur ok ! Muka i pecah rumah macam lelaki masa ni tapi sebab nak bagi pengajaran to youngsters yg kuat main phone …. pls pls!!! Kita kena phone detox lahhh. Enough is enough . #backtoNature cosssss im REALLLLL,” tulisnya.

Nampaknya rata-rata peminat Sakinah terhibur dengan videonya ini malah turut bersetuju dengan mesej dan pesanan yang disampaikan oleh artis kesayangan mereka ini.

nazrinhamzah: Omg..pnh fon trjatuh ats muka..tetido..tp terekod blm lg..lawak..hehe..klakar muka..

IKLAN

nrhdyhmkhr: Hahahahahhahahahahahahahahahhahahahhahahaahahhahahahahaahahahhaha u sgt tak fake

_wawazulkefli: ahahhahahahahaa but nasihat tu betul! ??????

rawaidahraif: @nadiabdlrhmn phone detox tu mcm healthy gila selain detox perut n usus

IKLAN

MH juga setuju dengan nasihat yang Sakinah berikan, adakalanya kita terlalu leka dengan kecanggihan telefon pintar sehingga perkara lain terabai.

Sakinah memberikan dirinya sebagai contoh, leka bermain dengan telefon sampai tertidur pun boleh terakam muka sendiri.

Diharap korang semua dapat mengambil pesanan dan nasihat Sakinah ini dengan positif ok!

Sumber: Instagram Sakinah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI