Pelakon cantik , Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memang cukupdikenali dan diminati ramai. Mempunyai pengikut di Instagram seramai lebih 2.2 juta menjadikan Mira sangat terkenal, lebih-lebih lagi dengan perwatakkannya yang lemah lembut.

Video pelakon Meh Sandar Pada Aku berdurasi beberapa minit itu tular di media sosial menunjukkan Mira berada di pasar besar Taman Tun Dr. Ismail sedang menjual ayam menarik perhatian ramai dan menjadi viral di laman Facebook.

Sebanyak 26 ribu pengguna Facebook telah menonton video tersebut dan hampir 2 ribu pengguna menekan butang likes.

Viral Video Mira Filzah Jual Ayam

IKLAN

Ramai yang memuji kecantikkan Mira walaupun sedang menjual ayam. Walaupun tidak pandai memotong ayam, Mira dilihat tidak kekok berada di tempat menjual ayam tersebut.

Mira juga telah memuatnaik gambarnya di Instagram miliknya sambil memegang ayam dan berkata dia terpaksa menjual beberapa ekor ayam sehingga mencapai jumlah RM200 bagi cabaran drama lirik Hot.

IKLAN

Viral Video Mira Filzah Jual Ayam

Rata-rata ianya mendapat reaksi positif daripada netizen terutamanya lelaki yang berkata akan pergi ke pasar setiap hari sekiranya penjualnya secantik Mira.

IKLAN

Viral Video Mira Filzah Jual Ayam

Untung betul jadi cantik macam Mira,buat apa pun peminat suka kan? Jom tengok video Mira menjual ayam.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI