Baru seminggu dimuat naik ke Laman YouTube, video lirik lagu ciptaan dan nyanyian pelawak terkenal, Achey yang berjudul Yang Terindah sudah mencecah sejuta tontonan.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 31, berkata dia tidak menyangka percubaan sulungnya menbuahkan hasil dan mendapat maklum balas yang positif daripada peminat.

“Alhamdulillah, saya terkejut dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh peminat kerana ini percubaan pertama saya sebagai penyanyi.

 

“Saya pun tak sangka ia akan mencapai jumlah tontonan yang tinggi dalam tempoh singkat,” katanya

Selain ditonton sejuta kali, video lirik tersebut turut menjadi trending di YouTube dan berada di tangga yang ke-11.

Menurut pelawak itu, lagu tersebut mengangkat kisah perkahwinannya bersama isteri tercinta, Nur Hasanah Yahya yang kini telah memasuki usia enam tahun.

Video Lirik Achey Bochey Cecah 1 Juta Tontonan

IKLAN

Bagaimanapun, lirik lagu itu bukanlah hanya sekadar kisah rumah tangganya, malah ia mempunyai maksud yang cukup luas.

“Ia bukan sekadar mengenai cinta kepada manusia semata-mata, malah merangkumi banyak perkara lain,” katanya.

Dalam pada itu, Achey juga berharap agar peminat dapat menyokong lagu tersebut dan membuat permintaan lagu Yang Terindah di stesen radio.

IKLAN

Achey juga berkata, walaupun dia bergelar deejay radio, bukanlah satu laluan mudah untuk memutar lagunya dengan sewenang-wenangnya.

Lagu Yang Terindah merupakan ciptaan Achey sepenuhnya dan disempurnakan oleh Zimi Sofazr serta mengambil masa enam bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

IKLAN

Video lirik Yang Terindah diterbitkan Sarah Shaber Production dan diedarkan Seventeen Eleven Music Sdn. Bhd.

MH Online tak sangka pelawak seperti Achey mempunyai bakat besar dalam bidang nyayian. Jom MH Online kongsikan lagu Yang Terindah:

Sumber : Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI