Nampanya isu mengenaik buka mulut antara Datuk Dr. Fazley Yaakob dan isterinya Datin Azrene Ahmad menjadi perbualan hangat pagi ini.

Keterbukaan kedua pasangan ini bercerita tentang ibu dan ibu mertua mereka mendapat pelbagai reaksi kurang senang netizen.

Ramai yang beranggapan mereka berdua tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan seperti itu secara umum kerana membuka aib ibu sendiri.

IKLAN

Bagaimanapun, melalui akaun Instagram Fazley, dia menjelaskan bukan niat mereka untuk membuka aib sesiapa, tetapi mereka ingin menjawab segala persoalan yang datang bertubi-tubi selama 13 tahun melayari perkahwinan.

IKLAN

Fazley juga berterima kasih kepada semua yang sudi membaca dan meminta orang ramai untuk move forward dan terus memperbaiki diri menjadi warga Malaysia yang lebih baik.

IKLAN

Tak apalah, MH setuju dengan cara Fazley berfikir, apa yang telah berlaku itu biarlah ia berlalu. Yang penting sekarang adalah masa untuk kita perbaiki segala kesilapan yang telah kita lakukan dahulu. Jom sama-sama menjadi rakyat Malaysia yang lebih baik hari ini!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI