Untungnya MH lihat puteri Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin ini, sudahlah ibunya penyanyi nombor satu negara, dia juga sangat disayangi oleh insan-insan yang berada di sekelilingnya.

Antara insan yang paling sayang Siti Aafiyah Khalid tentunya pengurus merangkap kakak ipar Siti, Rozi Abdul Razak.

Semalam, Siti berkongsi satu puisi yang ditulis khas Rozi buat Aafiyah di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Ketika ini jam 3.30 pagi bangun nak menyusukan Aafiyah,tengok2 mak Rozi dah siapkan puisi puitis buat Siti Aafiyah. Thank you Mak Rozi @rozisangdewi ??? #Repost @rozisangdewi,” tulisnya.

Siti juga sempat berkongsi penuh puisi tersebut di ruangan kapsyen Instagramnya.

KURNIA 4

Jiwa kecil ini masih putih,

Tidak kenal perih dan rintih,

Hatinya masih jernih

Memandangnya,

Seribu luka, pulih.
.
Pesankan kepadanya,

Andai satu hari, dia bertanya;
.
Kehidupan seperti laut

Ada pasang dan surut

Gelombang, salinglah berpaut

Tenang,kekallah bertaut,

Dunia tak selalunya ramah,

Kadang marah,

Kadang rekah,

Tetaplah memberikan indah,

Berjalan, ada masanya tersadung,

Berlari, jatuh di penghujung,

Bangkit, saling menjunjung,

Rebah, sanggup mendukung, Ramai, mengundang jua seorang,

Riuh, sunyi dan diam bertandang,

Ke hadapan jalan terang,

Gelap pula mengarah belakang,

Bijaklah menimbang, pintarlah mengimbang.

-ROZISANGDEWI

19.4.2018

Ketika ini jam 3.30 pagi bangun nak menyusukan Aafiyah,tengok2 mak Rozi dah siapkan puisi puitis buat Siti Aafiyah.. ???.. Tq Mak Rozi @rozisangdewi ??? #Repost @rozisangdewi ・・・ KURNIA 4 Jiwa kecil ini masih putih, Tidak kenal perih dan rintih, Hatinya masih jernih Memandangnya, Seribu luka, pulih. . Pesankan kepadanya, Andai satu hari, dia bertanya; . Kehidupan seperti laut Ada pasang dan surut Gelombang, salinglah berpaut Tenang,kekallah bertaut, Dunia tak selalunya ramah, Kadang marah, Kadang rekah, Tetaplah memberikan indah, Berjalan, ada masanya tersadung, Berlari, jatuh di penghujung, Bangkit, saling menjunjung, Rebah, sanggup mendukung, Ramai, mengundang jua seorang, Riuh, sunyi dan diam bertandang, Ke hadapan jalan terang, Gelap pula mengarah belakang, Bijaklah menimbang, pintarlah mengimbang. -ROZISANGDEWI 19.4.2018 #rozisangdewi #sitiaafiyah #babyCTDK

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

IKLAN

Wow! memang puitis betul puisi itu! banyak maksud tersurat dan tersiratnya. Tidak dinafikan bahawa Rozi sememangnya berbakat besar dalam bidang penulisan kreatif ini.

Untuk pengetahuan juga, lagu ‘Comel Pipi Merah’ yang menjadi nyanyian orang ramai turut ditulis liriknya oleh Rozi.

IKLAN

Mana tahu, mungkin puisi ini juga akan turut diangkat menjadi sebuah nashkah lagu?

sumber: IG CTDK

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI