Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seperti semua sudah sedia maklum, Datuk Aliff Syukri dan isteri baru sahaja mengambil seorang bayi perempuan kacukan Melayu dan Pakistan sebagai anak angkat.

Bayi yang baru sahaja dilahirkan itu telah diberi nama Ameena.  Ramai yang memuji wajah comel anak kecil ini apabila gambarnya dikongsikan di Instagram.

Terbaru, Aliff ada berkongsi sebuah video dirinya menunjukkan cara membasuh uri bayi dan perkongsiannya ini telah menarik perhatian netizen kerana rata-rata daripada mereka baru pertama kali melihat bagaimana rupa uri.

“Uri baby..Niat saya supaya anak ini cepat kahwin menjadi anak yang baik berjaya dunia akhirat dan mendengar kata kedua ibu bapanya @babyterlajaklaris,” tulis statusnya di ruang kapsyen video tersebut.

Ada juga di antara pengikutnya yang berterima kasih dengan tunjuk ajar Aliff bagaimana untuk mencuci uri itu.

awfi_beauty: First time tengok.. @awfi_wrap awak kene belaja jgk tau cuci uri..

orkidrayyan: Masya allah dato…cuci sendiri..respect cuz pertama kali saya tengok bagaimana uri di cuci walaupun anak dah 4. Selalunye mak bidan yang buat…semoga anak dato menjadi anak yang soleha dunia akhirat…amin amin amin..

mynameisaleiya: Bagus jgk dato @aliffsyukriterlajaklaris share video ni. Kita mak2 jakun sikit sbb x pernah tgk. Masa suami blk cuci n tanam uri kita mak2 ni duk kt hospital lg. Dah tgk video ni baru tau..kannn?? Kannn??? Xsangka mcm tu rupanya uri yg dlm perut kita yg kita carry selama 9bln. TQ dato atas perkongsian. Dah ada 2 anak tp ni 1st time tengok.

Untuk yang bakal mendapat cahaya mata tidak lama lagi, mungkin boleh belajar cara mencuci uri daripada video Aliff ini.

Jom kita tengok pula gambar comel Ameena yang kini mempunyai akaun Instagram sendiri iaitu ‘babyterlajaklaris’

Comel kan? Semoga Ameena membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapa.

Sumber: Instagram Aliff Syukri

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "