Pelakon dan pelawak wanita yang semakin giat membina dalam industri seni tanah air, Vicha daripada kumpulan Saywho telah mengalami bengkak di kaki setelah tersadung.

Menurut Astro Gempak, Vicha berkata dia telah tersilap langkah selepas turun daripada tangga pentas Gegar Vaganza dan membuatkan kakinya tersadung dan terkehel.

“Saya hampir terduduk namun mujur ada Firman di sebelah saya ketika itu yang sempat menyelamatkan saya.

 

“Sakit memang sakit tetapi selepas dibalut saya harap tidak serius. 

 

“Itulah akibatkan kalau terlebih gelak atas pentas,” ujarnya.

Penyanyi wanita, Aishah yang merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim keempat juga turut berkongsi di status Facebooknya tentang Vicha yang tersadung selepas turun dari pentas sebelum dia naik ke pentas untuk membuat persembahan.

IKLAN

“Panic sekejap,buatnya pulak just sebelum I naik ke pentas,pelawak Indon yg satu saiz dgn I tu jatuh otw.nak turun balik ke side stage,” tulis Aishah di status Facebooknya.

Namun begitu menerusi perkongsian Vicha di Insta Story, dia memberitahu bahawa kakinya sudah semakin pulih dan bengkak di kaki sudah berkurangan.

IKLAN

Vicha Saywho Tersadung Selepas Turun Tangga Pentas

IKLAN

Tidak dapat dinafikan malang memang tidak berbau namun begitu perlulah kita untuk sentiasa berhati-hati. Semoga kaki Vicha segera sembuh.

Sumber: Astro Gempak, Instagram Vicha & Facebook Aishah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI