Selepas setahun lebih bergelar ibu tunggal, aktres jelita, Fasha Sandha, 33, kembali terbuka berbicara soal hati kepada umum.

 

Pernah mendedahkan kesediaan kembali mengecapi alam berumah tangga baru-baru ini, ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada peminatnya yang menaruh harapan agar aktrescantik itu menemui sinar kebahagiaan selepas kegagalan pertama.

Kini, tanpa berdolak-dalik, Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan, mengakui dirinya sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki berumur 30-an.

Walau  bagaimanapun, sehingga hari ini Fasha masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti orang baru yang hadir didalam hidupnya kini.

Namun, menerusi instagram miliknya, Fasha telah memuat naik sekeping foto dengan simbol ‘Love’ bersama dengan lelaki misteri sewaktu hadir ke majlis perkahwinan Ummi Nazeera. Lelaki yang didakwa teman lelaki Fasha kini telah didedahkan umum.

Ustaz Rock Teman Lelaki Baru Fasha Sandha?

IKLAN

Sepantas kilat, gambar terbaharu Fasha yang dikongsi di laman sosial dihujani Likes dari peminatnya. Ramai peminat mula memberi komen termasuk yang mendoakan kebahagiaan mereka.

Gambar itu yang dikongsi Fasha itu, disifatkan sebagai babak baru dalam kisah percintaan Fasha dan jejaka tampan itu. Netizen mula bertanya, apa status hubungan mereka?

Namun, sehingga kini Fasha masih mengunci mulut mengenai status hubungannya denganjejaka tersebut.

Menambah ‘hangat’ berita terbaharu itu, Jejaka yang bernama Mukhlis Rosdi yang juga merupakan duta Mengaji.com, turut berkongsi gambar mereka berdua di instagram miliknyadan nampaknya ada beberapa lagi gambar mereka bersama termasuklah dengan bersama dengan anak Fasha.

Ustaz Rock Teman Lelaki Baru Fasha Sandha?

IKLAN

Nampaknya, hubungan Ibu kepada Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma dengan lelaki itu mungkin lebih daripada sekadar teman biasa.

Ustaz Rock Teman Lelaki Baru Fasha Sandha?

Ustaz Rock Teman Lelaki Baru Fasha Sandha?

 

IKLAN

Jika benarlah jejaka ini, sama-samalah kita doakan kebahagiaan Fasha dan jejaka yang berjaya menambat hati Fasha itu. Tak sabar nak melihat mereka bersanding di atas pelamin.

Bagus orangnya, Segak.pandai mengaji pulak tu! #ustazrock

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI