Amboi, sejak digandingkan berdua dalam Gema Gegar Vaganza hubungan di antara pelawak dan penyanyi ini bukan main rapat lagi ya.

Dengar cerita baru-baru ini pelawak yang pernah menjadi kontroversi kerana dikatakan terlalu kacak untuk jadi comedian ada muat naik video pendek di insta story meminta penyanyi terkenal Siti Nordiana untuk belanjanya berbuka puasa.

Lagi pula Fikry membahasakan dirinya sebagai abang. Cun sangat.

Ehemmm… ada apa-apa ke tu?

Usikkan Mesra Fikry Buat Siti Nordiana

IKLAN

Menyedari posting ini, MH Online segara mendapatkan tuan punya badan dan cuba merisik apa yang terjadi sebenarnya di antara mereka?

“Oh tiada apa-apa, sebenarnya saya memang menganggap kak Nana sebagai kakak saya. Kami rapat sejak di GGV. Waktu itu, dia selalu belanja kami dan krew makan.

“Jadi apabila program tersebut tamat, kami sudah jarang berjumpa. Oleh itu, saya sengaja usik dia begitu. Tiada apa pun anatara kami,” ujarnya.

Fikry menjelaskan mungkin nampak seperti sesuatu kerana dia terlupa untuk letak perkataan ‘kakak’ di hadapan tag tersebut jadi mungkin dari situ nampak seperti ada sesuatu di antara mereka.

IKLAN

Fikry yang sedang naik namanya sebagai seorang pelakon menerusi sebuah drama tayangan Astro Hero Seorang Cinderella kini semakin sibuk dan punyai jadual yang padat walaupun di bulan Ramadan.

Usikkan Mesra Fikry Buat Siti Nordiana

IKLAN

Bila ditanya tentang jadual lakonan di bulan puasa, Fikry berkata dia terpaksa bekerja keras walaupun pada mulanya agak sukar.

“Memang penat, lagi pula saya memang tak biasa dengan semua ni. Mula-mula agak susah lah jugak untuk saya lalui, bangun awal pulang lewat. Tapi lama kelamaan ia menjadi mudah dan jadi seperti biasa.

“Berpuasa dia waktu shooting ni seronok, kami (barisan pelakon) selalu berbuka puasa bersama. Malah ditambah pula dengan krew-krew yang terlibat memang meriah!” katanya pada MH Online.

Fikry yang suka menggelarkan dirinya sebagai abang di Instagram juga sempat berkongsi persiapan rayanya.

Katanya, buat masa ini dia langsung tidak sempat membeli sebarang baju raya namun bersyukur kerana ada pihak sanggup menaja pakaian raya buatnya.

Malah, Fikry juga berkata tahun ini dia bakal beraya di Jitra, Kedah dan bakal berada semula di Kuala Lumpur pada 5 Julai nanti.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI