1. Mawar Rashid Nikah Petang ni!

Update Hiburan: 4 Perkara Mesti Tahu Pagi Ini

Siapa yang tak kenal dengan gadis GST, bekas peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid yang terkenal dengan sikap ceriannya.

Seperti yang semua tahu, Julai lalu Mawar telah menjadi tunangan kepada Raf Yaakob, iaitu adik kepada Dr. Fazley Yaakob.

Namun jangan tak tahu, petang ini Mawar dan Raf akan disatukan secara sah di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Apapun MH Online nak ucapkan tahniah buat mereka berdua dan tak sabar nak tengok gambar-gambar perkahwinan mereka!

2. Kisah Adik Tiri Aliff Syukri Jadi Viral?

Update Hiburan: 4 Perkara Mesti Tahu Pagi Ini

Kami tertanya-tanya mengapa sejak beberapa hari ini ramai netizen yang bercerita tentang adik kepada pengasas kosmetik terkenal Aliff Syukri yang dikatakan sebaya dengan umur anaknya.

IKLAN

Memetik sebuah portal hiburan Hangat.com, sebenarnya ibu Aliff, Rozita Ibrahim iaitu pengasas jenama Sendayu Tinggi pernah berkahwin di usia muda dan bercerai suatu masa dahulu.

Aliff telah dihantar ke sekolah swasta As-Syakirin di Seksyen 13 Shah Alam sebaik sahaja ibunya berjaya memasuki dunia usahawan.

Setelah itu, ibunya telah berkahwin sekali lagi dengan jejaka pilihannya pada tahun 2006 dan dikurniakan cahaya mata yang kini telah berusia 7 tahun.
So rasanya tidak hairanlah mengapa Aliff mempunyai adik yang seusia dengan anaknya bukan?

3. Akhirnya Jovian Mandagie dan Nina Ismail Kongsi Nama Anak

Update Hiburan: 4 Perkara Mesti Tahu Pagi Ini

IKLAN

Aduh sedap betul MH Online dengar nama penuh anak Jovian Mandagie dan pasangannya Nina Ismail Sabri.

Selari dengan wajah comel, secara terbuka Nina Ismail telah berkongsi nama penuh anaknya Jeanelle Nika Mandagie melalui akaun Instagram miliknya.

Seriously memang unik betul nama bayi mereka berdua! Okay tak nak cakap banyak jom layan gambar-gambar comel bayi mereka!

IKLAN

4. Fazura Jelaskan Isu Bakal Bertunang Dengan Fattah Amin…

Update Hiburan: 4 Perkara Mesti Tahu Pagi Ini

Hmmm, nampaknya peminat YPM dan YPC tidak pernah jemu dengan kisah mereka berdua.

Mana tidaknya, baru-baru ini inustri di gemparkan dengan isu kononnya Fazura bakal bertunang dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Fattah.

Habis kecoh dibuatnya. Namun setelah di korek-korek rahsiannya rupa-rupanya itu hanya sekadar gimik dan publisiti yang dicipta untuk mempromosikan drama Wanita Terindah.

Malah Fazura turut mengeluarkan kenyataan kepada media tempatan, ini merupakan gimik pengurusannya bersama Fattah dan tidak menolak mungkin sebahagian dari publisiti mereka.

Tetapi bagi MH Online jika benar pun apa salahnya bukan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI