Pasangan pengantin yang baru sahaja melangkah ke alam perkahwinan iaitu pelakon cantik Ummi Nazeera dan jejaka pilihan hatinya Dr. Mohd Izzar nampaknya sering menjadi tumpuan netizen kerana sikap romantik pasangan ini.

Terbaru menerusi akaun Instagram Izzar, dia ada berkongsi tips sebagai suami isteri haruslah saling maaf memaafi sebelum tidur.

“1st raya as husband and wife.Alhamdulillah.Best ada teman sepergaduhan sekarang.So far, pergaduhan terkawal aje.By malam dah forgive each other.Laga2 hidung tenung mata sikit, sejukla hati tu.Cubalah try ye.Kalau tak jadi buat lagi.Maaf zahir n batin, isteriku. ?,” tulisnya di ruang kapsyen.

MH Online berpeluang untuk menemu bual Ummi sendiri tentang suaminya yang mempunyai ciri-ciri lelaki romantik dan apa pendapatnya tentang tips yang dikongsikan oleh suaminya itu. Adakah ianya benar-benar berhasil? 

Ummi mengakui tips tersebut berhasil untuk mengekalkan rumah tangga yang bahagia.

“Betul apa yang dia cakap tu,” jawab Ummi.

Menurut Ummi, baru sekarang mereka berpeluang untuk benar-benar merasai pengalaman bercinta bersama kerana sebelum mereka berkahwin, mereka hanya bercinta dalam jarak jauh.

IKLAN

Ummi Nazeera Masak Ayam Masak Kicap, Telur Dadar Buat Suami

“Saya rasa baru sekarang kami betul-betul bercinta sebab dulu long distance dan jumpa pun sebulan sekali, tak boleh pegang tangan dan kali ini sangat berlainan rasanya,” jelas Ummi lagi.

Ditanya tentang rutinnya selepas berkahwin, Ummi menyatakan memang banyak yang berubah dalam hidupnya.

“Suami saya bekerja bermula jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang, kalau dulu lepas subuh pun kita boleh tidur balik kan tapi sekarang ni lepas subuh kita dah tak boleh tidur. Kena sediakan sarapan dan pastikan semua bajunya digosok. Saya perlu sediakan semua benda dan itulah rutin yang berubah dalam hidup saya,” ujarnya kepada MH Online.

Ummi Nazeera Masak Ayam Masak Kicap, Telur Dadar Buat Suami

Ummi berkata lagi, dia kini di dalam fasa untuk belajar memasak dan katanya masakan pertama buat suami adalah lauk ayam masak kicap dan telur dadar.

IKLAN

“Saya tak pandai masak tapi dalam proses belajar memasak dan lauk pertama yang saya hidangkan buat suami adalah ayam masak kicap dan telur dadar sebab itu adalah masakan yang paling senang buat masa ini,” katanya sambil ketawa.

Katanya lagi, kalau diikutkan boleh sahaja pembantu rumahnya yang menyediakan makanan namun baginya air tangan isteri itu penting untuk memikat suami. Ummi juga menyifatkan suaminya bukanlah seorang yang memilih untuk makan.

Sempat juga Ummi bercerita sedikit tentang suaminya.  Jelas Ummi suaminya suka buat lawak dan suka menyakat, namun dia juga merupakan seorang yang sedikit serius.   

Ummi Nazeera Masak Ayam Masak Kicap, Telur Dadar Buat Suami

IKLAN

Berkenaan dengan kerjaya pula, Ummi memberitahu selepas bergelar isteri, suaminya tidak menghalang untuk terus berlakon namun perlu menjaga aurat. 

Ummie bersyukur kerana ada yang mengingatkannya tentang pakaian yang sesuai dan menjaga aurat kerana ada kalanya dia juga terlepas pandang dengan apa yang dipakainya.

Ummi Nazeera Masak Ayam Masak Kicap, Telur Dadar Buat Suami

“Dia memang sangat particular dengan apa yang Ummi pakai dan kadang-kadang kita terlepas pandang kan. Alhamdulillah ada orang yang mengingatkan saya tentang itu,” katanya lagi.

Semoga pasangan pengantin baru ini kekal bahagia hingga ke jannah dan diberi keberkatan dalam perkahwinan dari ALLAH SWT.

Beautiful place to be with your loved one . The live band onboard plays good songs .

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI