Semalam, 21 Ogos merupakan ulang tahun perkahwinan ke-11 Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Siti dan Datuk K sememangnya menjadi ikutan ramai netizen kerana sikap penyayang dan kesetiaan antara mereka berdua. Mereka pun sudah mengharungi hidup sebagai suami isteri dalam tempoh yang lama.

Bagi meraikan detik istimewa mereka lebih sedekad bergelar suami-isteri itu, Siti telah memuatnaik ucapan manis kepada suaminya dan peminat yang disayangi.

“Alhamdullillah.11 Tahun yang saya syukuri.Semoga Allah SWT melimpahkan lagi Rahmat,Keimanan yang teguh,kasih sayang yang semakin mendalam ,Rezeki yang halal ,Keberkatan usia, Kesihatan yang baik serta di kelilingi insan insan yang sama-sama membawa ke jannah.”

 

“Kasih sayang kami kerana Allah SWT.. Terima kasih di atas ucapan & doa yg baik tak putus-putus dari peminat tersayang juga rakan & taulan. Hanya Allah sahaja yang membalasnya.. Fii Aamanillah.. jazakallahu khairan.” diakhiri dengan hashtag 11 tahun bersama.

Ucapan Sweet Siti Nurhaliza Sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke 11

Ruangan komen di instagram Siti dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 4 juta pengikut Siti di laman sosial yang memperlihatkan dia bersama suaminya 11 tahun yang lalu, di hari pernikahan.

Menerusi gambar tersebut jelas terpancar kegembiraan dan kebanggaan Siti bergelar seorang isteri kepada Datuk K yang sentiasa menyayangi dirinya.

Pelbagai komen dicurahkan di ruangan komen gambar tersebut. Ada netizen turut melahirkan perasaan gembira bersama penyanyi nombor satu negara itu , tidak kurang juga yang mendoakan mereka agar segera mendapat penyeri hidup. Dalam pada itu juga mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan dan berbahagia di dunia dan akirat.

IKLAN

Ucapan Sweet Siti Nurhaliza Sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke 11

Pada masa yang sama, Siti turut meluahkan ucapan terima kasih kepada Datuk K kerana telah menjadi suaminya selama 11tahun, sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

“Terima Kasih Sayang..#11tahun bersama.”

Sahabat Siti, Rozisangdewi juga telah berkongsi di Instagram miliknya, di mana gambar itu tidak pernah dikongsi di mana-mana, Namun dikongsi pada ulang tahun ke 11 perkahwinan Siti dan Datuk K dan angka 11 merupakan angka kegemaran dia dan Siti oleh kerana mereka berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu,11 haribulan.

Ucapan Sweet Siti Nurhaliza Sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke 11

IKLAN

Siti dan Datuk K bernikah pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis persandingan mereka pula berlangsung seminggu kemudian di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tarikh itu juga merupakan hari ulang tahun ke-38 perkahwinan ibu bapa penyanyi berkenaan, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik.

Ucapan Sweet Siti Nurhaliza Sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke 11

IKLAN

Ucapan Sweet Siti Nurhaliza Sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke 11

Ucapan Sweet Siti Nurhaliza Sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke 11

Ucapan Sweet Siti Nurhaliza Sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke 11

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI