Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Apa pendapat anda mengenai air cincau? Sejuk dan dapat menyegarkan bukan? Cincau juga merupakan salah satu kegemaran rakyat Malaysia.

Namun, taktala air tersebut dikutuk oleh orang luar, pastinya akan menimbulkan kemarahan,bukan?

Setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri, makanan mahupun minuman.Terbaru, menjadi trending Twitter apabila seorang mat salleh dipercayai berasal Amerika Syarikat bernama Driftor telah memuat naik foto air tin cincau di laman Twitternya dan melabel air cincau sebagai minuman yang paling teruk di dunia.

‘Never drink this. Its the worst drink on the planet.”

Menerusi kenyataan itu, Driftor telah mendapat kecaman dari pengguna Twitter terutamanya rakyat Malaysia. Lelaki itu telah membangkitkan kemarahan sesetengah netizen oleh kerana kapsyennya yang dianggap keterlaluan.

Merupakan Youtuber popular dan mempunyai seramai 259K pengikut di Twitter menjadi tweetnya lebih cepat tersebar.Malah, khabarnya seorang individu yang mempunyai 1.04M pengikut telah menviralkan tweetnya dan disebabkan itu ianya telah tersebar meluas.

Dalam posting berkenaan, dia turut memuat naik sekali lagi posting tersebut setelah dikecam dan menerima komen sinis, berbaur provokasi serta rasis.

“Today’s video is about the ridiculous situation that resulted from this tweet. It is also a discussion about Racism vs. Prejudice.”

Selain itu, dia juga terkejut kerana mendapat kecaman yang keterlaluan disebabkan ‘cincau’ dan diviralkan oleh portal-portal website di Malaysia dan singapura.

Rata-rata ada juga yang menasihati lelaki ini supaya tidak perlu mengumumkan tentang pandangannya terhadap minuman berkenaan kerana dianggap tidak menghormati orang lain.

Tak sangka ramai juga peminat cincau di Malaysia ni kan?

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© All Rights Reserved • Karangkraf Group © Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: