Pelakon wanita yang sering dikaitkan dengan kontroversi, Uqasha Senrose kali ini memohon supaya dirinya tidak ditanya dengan soalan-soalan peribadi.

Semasa Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose binti Nik Sen ditemu bual oleh wartawan tentang desas-desus yang mengatakan dirinya kini sudah putus cinta dengan seorang kerabat diraja, Uqasha menjawab mereka masih lagi berkawan namun tidak pernah bercinta.

“Kami masih berkawan macam dulu dan saya pun tidak pernah cakap kami bercinta, macam mana boleh timbul gosip putus cinta pula,” jelas Uqasha.

Uqasha memohan ditanya soalan tentang kariernya sahaja.

IKLAN

“Boleh tak kalau saya tak nak cerita fasal peribadi. Kita cerita tentang kerjaya saja boleh tak? Lagi pula saya sudah lama tidak update laman sosial kecuali berkaitan kerja sahaja,” katanya.

Beralih kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon, kini lakonan Uqasha sedang ditayangkan di televisyen menerusi sebuah drama yang kini sedang hangat menjadi tontonan ramai, Hero Seorang Cinderella.

‘Tutup Mulut Orang’ – Uqasha

IKLAN

Watak antagonis yang dibawa oleh Uqasha nampaknya sangat memberikan kesan kepada penonton.

“Alhamulillah, memang ramai terkesan dengan watak antagonis yang saya bawa dalam drama itu. Penonton mula nampak bakat saya sebagai pelakon.

 

“Secara tidak langsung juga dapat tutup mulut orang yang hanya bercakap tentang kisah peribadi saya sahaja,” ujarnya.

Sumber: Mstar Online

IKLAN

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI