MH Online tahu pasti ramai yang sedang berusaha menurunkan berat badan sehingga ada yang sanggup mengikat perut dan berlapar.

Namun tahukah kamu, sebenarnya dengan hanya mengamalkan minuman detox menggunakan teh hijau dan air perahan lemon mampu membuatkan berat badan turun.

Inilah rahsia kecantikan idol kpop, Luna salah seorang ahli kumpulan F(x) yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak lapan kilogram dalam masa seminggu.

Turun 9kg Dalam Semingggu, Luna F(x) Kongsi Cara Diet

Mana tidaknya, teh hijau dikatakan dapat membuka sel-sel lemak dan mempercepatkan pembakaran lemak. Manakala air lemon pula mempunyai serat larut yang dapat membantu menghadam lemak degil melekat di tubuh badan.

IKLAN

Melalui portal Allkpop, Luna mengakui tidak melakukan sebarang diet yang melampau sebaliknya hanya mengamalkan minuman sebanyak 1.5 liter sehari.

“Sebenarnya saya tidak mengamalkan diet yang melampau sebaliknya saya cuma meminum teh hijau dan air lemon untuk mengurangkan berat badan.

“Saya telah meminum minuman teh hijau dan lemon itu sebanyak 1.5 liter sehari dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8 kilogram dalam tempoh satu minggu,” katanya.

Sungguhpun begitu, Luna turut menasihati orang ramai yang menghidapi penyakit anemia untuk tidak mengikuti amalan diet ini kerana bimbang akan terkena kesan sampingan.

IKLAN

Turun 9kg Dalam Semingggu, Luna F(x) Kongsi Cara Diet

Luna gembira kerana kini berat badannya semakin berkurangan dan bersyukur kerana penurunan ini dikatakan tepat pada masanya kerana selepas ini dia bakal sibuk mempromosikan album terbaru tidak lama lagi.

IKLAN

Wah, nampaknya lepas ni Luna semakin cantik dan langsing sepanjang mempromosikan album terbarunya. Tetapi buat yang ingin mencuba jangan lupa untuk dapatkan nasihat daripada orang yang bertauliah ataupun lebih arif tentang perkara ini ya.

Nah ini dia beberapa gambar terkini Luna dengan tubuh yang lebih langsing.

Turun 9kg Dalam Semingggu, Luna F(x) Kongsi Cara Diet

Turun 9kg Dalam Semingggu, Luna F(x) Kongsi Cara Diet

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI