Kelibat figura ini di dalam industri seni sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Dan sejak bergelar ibu kepada Aisy Manteen 21 Julai lalu, kemunculan semula Yana Samsudin mendapat perhatian ramai.

Bukan sahaja kembali langsing persis anak dara, bahkan kulit wanita berusia 33 tahun ini kelihatan berseri-seri.

Selasa lalu, Yana telah mendedahkan rahsia kecantikan pada majlis pengumumannya sebagai duta produk Dr. Norman Professional Skincare dan pelancaran produk tersebut First Avenue, Bandar Utama, Petaling Jaya.
 

"Pada awalnya, seorang rakan telah memberikan produk ini kepada saya menerusi suami dan saya agak ragu-ragu.

"Tapi ketika awal kehamilan, kulit muka saya naik bintik-bintik halus dan saya menjadi risau.

"Dalam masa sama, saya amat menitik beratkan segala produk yang saya ambil agar selamat untuk kandungan.

"Jadi bila mereka beritahu produk ini tidak ada bahan kimia yang berbahaya, saya mencuba.

"Alhamdulillah selepas dua bulan, kulit saya kembali elok dan lebih halus. Sebelum ini saya memang ada masalah dengan beberapa produk kecantikan.

"Malah ketika Mateen mengalami ruam, mereka kata ia selamat untuk digunakan pada anak dan bila saya cuba, memang berkesan," ujarnya.