Viral kini video suami pelakon Lana Nodin menunjukkan jari tengah.  

Difahamkan Mohd Daud McKienzi berbuat begitu kerana berang dengan kemalangan yang berlaku.  

Video itu telah dimuat naik oleh sebuah portal berita yang popular di Singapura, Stomp.com.sg dengan tajuk 'Foul-mouthed driver rains expletives on Stomper after accident in JB before 2nd Link'.

Lana Nodin tampil dan menafikan suaminya seorang pembuli jalan raya.

“Suami saya pada awalnya cuba bersabar dan bercakap secara baik tetapi lelaki itu tetap tak nak mengaku kesalahannya malah tidak meminta maaf pun.

“Suami saya mengajak lelaki itu membuat laporan di balai polis berhampiran, namun dia menolak.

“Kalau betul dia tak salah, kenapa takut nak buat laporan? Malah saya pelik kenapa pula dia nak muat naik video.

“Suami saya bukan jenis baran tetapi kejadian itu betul-betul membuatkannya marah. Selepas kejadian itu saya menasihati suami agar membuat laporan polis tetapi dia menolak,”ujarnya seperti yang dipetik menerusi laporan akhbar.  

Sumber: Harian Metro