Pelakon Shah Iskandar dan Uqasha Senrose telah menimbulkan tanda tanya kepada ramai netizen mengenai hubungan mereka setelah tersebar gambar berpegangan tangan di laman sosial.

Menyedari akan kontroversi ini Shah Iskandar telah menjawab persoalan netizen tersebut dengan memberitahu bahawa hubungan antara dia dengan Uqasaha hanyalah hubungan seorang adik dan abang.

“Saya menganggap Uqasha seperti adik sendiri kerana jarak usia antara kami. Malah, drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan kami bukanlah gandingan pertama. Jadi, kali ini keserasian antara kami jadi lebih mudah. Boleh dikatakan, setiap kali berlakon, pasti timbul gosip sebegini”

Shah juga berkata bahawa isterinya berfikiran positif.

“Takkan saya hendak menjalinkan hubungan cinta setiap kali terbabit dalam penggambaran. Isteri bagaimanapun ada bertanya, sama ada benar saya memimpin tangan Uqasha. Namun, dia tidak pula berfikiran negatif setelah mendengar penjelasan saya,” jelasnya.

Sumber: Berita Harian Online