Sepakan melencong masuk ke gawang lawan itu membolehkan Faiz bersaing dengan sembilan pemain lain pada peringkat awal, termasuk Lionel Messi dari Argentina dan Neymar dari Brazil untuk anugerah tersebut.

Ketika ini seluruh rakyat Malaysia berasa sangat gembira dengan kemenangan yang diperolehi oleh pemain bola pasukan Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri yang meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016.  Tahniah juga dari kami di MH Online.

Namun yang menariknya juga selain daripada mengimpikan anugerah tersebut, impian Faiz untuk swafoto (selfie) dengan bintang bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo, juga turut tercapai.

Faiz memuat naik sekeping gambar bersama Ronaldo ke akaun Twitternya dan menerima ucapan tahniah daripada pengikut-pengikutnya.  Mahal gambar tu kan.  

Selain Ronaldo, Faiz juga sempat swafoto bersama Neuer dan bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson. Antara bintang lain yang sempat Faiz temui dan bergambar adalah legenda-legenda bola sepak, seperti Maradona dan Roberto Carlos, ketika makan tengah hari. OMG bestnya. 

Nampaknya Faiz sangat bertuah kerana hajatnya untuk menerima anugerah dan menemui ramai bintang-bintang bola sepak dunia tercapai dalam satu majlis tersebut.  

Dalam satu tweet lain pula, Faiz turut memberitahu bahawa dia sebenarnya sangat gementar dan disebabkan itulah dia tidak dapat mencari teks ucapan yang telah disediakan.  

Walau apa pun, itu adalah kenangan paling manis buat Faiz dan juga seluruh rakyat Malaysia.  Tahniah sekali lagi Faiz.

 

Info:

Gol tercantik dunia oleh Mohd Faiz itu adalah melalui sepakan percuma semasa perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada perlawanan Liga Super, 16 Februari tahun lalu.

Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.

Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun itu dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez