Nama bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke sembilan (AF9), Azri Abdullah agak kurang didengari selepas program 'Seiras Seirama'.

Malah ada juga yang mendakwa penyanyi itu sudah tidak aktif, betul atau tidak MH Online telah berjaya mendapatkan Azri untuk ulasan selanjutnya.
 
 
"Tak adalah serius nak bersara sebab sekarang pun duduk di bawah syarikat Hypebeat. Salah satu artis dalam syarikat tu adalah Hyperact.
 
"Cuma saya tak terlalu fokus, andai ada jemputan menyanyi, Azri pasti pergi. Dalam perkembangan terkini sudah ada single ciptaan Akir dan Frozen, namum belum promo lagi.
 
 
 
"Dalam masa terdekat ini kami suami isteri masing-masing masih di dalam industri. Cuma mana satu antara kami rezekinya pergi dulu, pergi la. Contoh sekarang Salma dengan 3 Juara dan Azri jadi penyokong setia," ujarnya.
 
Bagi yang merindui suara Azri sama-sama kita nantikan dengan single terbaru yang bakal menemui anda dalam masa terdekat ini ya.